Sabtu, 12 Jun 2010
TERHOT DUN Perak: 3 adun UMNO masuk PKR
Mungkinkah Pakatan Rakyat akan kembali berkuasa atau BN terpaksa membubarkan DUN sebagaimana yang didesak sekian lama oleh Pakatan Rakyat?
Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim berkata, perkara itu akan diumumkan pada sidang media di Ipoh esok.
Zulkifly berkata jumlah mereka yang melompat ini yang diketahui ialah seramai tiga orang dan kesemuanya daripada Umno.
"Buat masa ini kita tidak akan sebut nama tetapi beberapa orang telah cuba menghubungi dan melahirkan rasa tak puas hati terhadap pimpinan negeri. Ia melibatkan pasal habuan, terutamanya ADUN Umno yang sudah senior yang tak diberi keutaman dan mereka melebihkan ADUN di pihak pembangkang yang melompat," kata Zulkifly.
Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan ada usaha untuk menghalang penyertaan ADUN berkenaan ke dalam KEADILAN memandangkan BN tidak memiliki majoriti dan hanya disokong oleh tiga ADUN Bebas.
Namun katanya, beliau tidak pasti sekiranya perkara akan menyebabkan berlakunya pembubaran DUN kerana ia perlu dilihat dari aspek perundangan dan Perlembagaan terlebih dahulu disebabkan kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya umum kini sudah memasuki tiga tahun.
"Namun apa yang pasti kes ini sekali lagi akan mewujudkan ketidakstabilan politik. (Sumber SK)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan