Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 30 November 2009

Cakap tak serupa bikin..

Porah....Umno ludah kelangit ....air liur jatuh kemuka sendiri...
inilah Umno....
kini sudah menghalalkan dan menyokong hak berdemonstrasi jalanan....
Lihat mereka (UMNO) juga lakukan)




  Sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang dan seorang dalam kumpulan itu membakar foto Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Dikepalai oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, tunjuk perasaan itu bermula kira-kira 12.15 tengah hari dan berakhir hampir sejam kemudian ketika sidang DUN Pulau Pinang sedang berlangsung hari ini.

Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk anti-kerajaan.





Melayu:


apa hal...ada tindakan?...ada penangkapan?...
Umno bakar poster Guan Eng..boleh pulak..
demo ni budaya siapa?...
(Dulu Khairi Jamaludin kata demo jalanan ni kerja beruk)






Jumaat, 27 November 2009

goblok dan bodek totok.

SHAH ALAM, 25 Nov (Bernama) -- Tindakan kerajaan Selangor melarang pelajar dari institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri menyertai kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN) telah menyekat kebebasan pelajar dan tidak mendokong prinsip demokrasi, kata Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Mohd Faizal Mohd Salleh.


Melayu;
Ini adalah satu kenyataan goblok dan penuh dengan bodek totok. Jika benar mamat ni pernah mengikuti kursus BTN dia sepatutnya sangat faham isi kandungan kursus tersebut. 
pergilah tanya Tok Hassan Ali (Exco Selangor merupakan bekas Pengarah BTN) kalau tak jelas.
Budak sekolah yang baru nak mengenal hidup memanglah tak tau apa..mereka seronok macam camping je..
Alahai mamat mangkuk janganlah guna kedudukan untuk membodek...
Apa maksud menyekat kebebasan pelajar? 
Cakap tak guna otak...
bangang and bengong
macamanalah boleh dilantik jadi pengkerusi GPMS..
hampeh!...

selamat hari raya aidil- adha

kepada semua umat muslimin dan muslimat

Khamis, 26 November 2009

RASUAH

Artikel ini dipetik dari merdekareview.com



Secara keseluruhannya, siri survey yang diadakan sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa 81% masyarakat Malaysia menganggap rasuah adalah masalah yang serius.  Seandainya anda meneliti keputusan survey terbaru yang diumumkan Merdeka Center, 89% responden kaum Cina menganggap rasuah adalah masalah serius, lebih tinggi daripada kaum lain.
Dalam survey yang sama, ketika diajukan soalan "sejauh manakah rasuah memberi kesan terhadap kehidupan anda?", keputusannya seperti berikut:-
21% -sangat (very much);
26% -sedikit-sebanyak (some);
22% -sedikit (little);
26%-langsung tiada (not at all).
Seandainya dianalisa dari perspektif etnik, paling ramai kaum India menganggap rasuah tidak memberi kesan terhadap dirinya (53%); sementara paling ramai bumiputera menganggap bahawa rasuah memberi kesan yang sangat dalam terhadap dirinya, dengan Melayu di Semenanjung (25%), bumiputera Muslim (29%) dan bumiputera bukan muslim (31%).
Sekiranya dianalisa dari perspektif pendapatan, 24% daripada golongan pendapatan keluarga yang kurang daripada RM3000, menganggap rasuah memberi kesan terhadap dirinya.  Selain itu, setengah daripada orang negeri Sabah menganggap rasuah memberi kesan terhadap dirinya (27% sangat dan 23% sedikit sebanyak).
Namun, daripada tahap seriusnya gejala rasuah, lebih orang berprihatin terhadap rasuah kecil-kecilan (petty corruption), misalnya duit kopi untuk polis.  Sebaliknya, terdapat 16% responden yang gagal menilai rasuah besar (grand corruption).  Sementara itu, hanya 42% orang dapat menyebut kes rasuah, malah 42% antara golongan ini mengambil berat terhadap skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Perdana Menteri baru, Najib Abdul Razak (gambar kiri) mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang membabitkan usaha memerangi rasuah.  Walaupun Najib memperolehi sokongan lebih daripada 60% baru-baru ini, namun hanya 34% responden yakin terhadap usaha Najib untuk membanteras rasuah, di samping 31% yang tidak yakin terhadap keberkesanan Najib membanteras rasuah.
Selain itu, responden yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan keberkesanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terdiri daripada 34% masing-masing.  Responden juga tidak yakin dengan keberkesanan sistem kehakiman dalam usaha membanteras rasuah.  Antaranya, keberkesanan pasukan polis paling tidak diyakini (45%), dengan 23% responden yang yakin.
Pakatan Rakyat kelihatan "bersih" jikalau dilihat secara luaran, sepanjang tempoh 20 bulan pemerintahan mereka di negeri masing-masing.  Setelah tragedi kematian yang berlaku pada Julai 2009, berikutan siasatan rasuah terhadap Exco di Selangor, kebanyakan orang cenderung untuk bersimpati terhadap PR yang dilihat sebagai mangsa sabotaj kerajaan Barisan Nasional.
Namun, ini bukan bermakna PR mempunyai kesempatan untuk menyeleweng, atau alasan PR untuk melengahkan langkahnya dalam mengamalkan good governance.  Langkah setiap negeri PR tidak serentak.  Selcat di negeri Selangor mungkin sesuatu yang baru, namun bagaimana pula dengan negeri PR yang lain?  Bagaimana pula kerajaan CAT di Pulau Pinang?  Apakah kerajaan negeri yang didominasi PAS masih bergantung kepada pimpinan moral, namun tidak melihat kepada reformasi dari sistem?
*Sedutan daripada tulisan Tan Seng Keat, dalam kolumnya di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Rabu, 25 November 2009

Habis manis sepah bersepah

Jika benarlah seperti yang dihebohkan menegenai insuran kereta lama...nyatalah ketidak patutan dan ketidak perihatinan kerajaan kepada golongan kurang berada. Sebelumnya kita dikejutkan dengan syarat mewajibkan kenderaan lama diperiksa di Puspakom sebelum membaharui cukai jalan. Perkara sebegini benar-benar menekan rakyat.
Adakah patut::

1.kini premium insurans kereta lama pula ditingkatkan secara mendadak.


2 Pemilik kereta lama yang berusia 15 -20 tahun ke atas tidak lagi dibenarkan mengambil insurans pihak ketiga (third party)


3 Oleh kerana bertukar dari insuran pihak ketiga kepada insuran pihak pertama (first party), tiada sebarang diskaun tanpa tuntutan (No Claim Discount) seperti kelaziman bila kita memperbaharui insurans. Ini bermakna mereka perlu membayar premium yang lebih tinggi.


4 minimum harga yang perlu dinsuranskan ialah RM 10 ribu, biar pun kereta tersebut mungkin berharga RM 5 ribu sahaja di pasaran. Secara keseluruhan, kos untuk memperbaharui insurans kereta lama yang berusia 15 tahun ke atas telah meningkat sehingga 200%.


Memandangkan kerajaan masih gagal melaksanakan pengangkutan awam yang cekap, maka kereta masih merupakan satu kemestian dan keperluan kepada setiap keluarga termasuk di kalangan mereka berpendapatan sederhana dan rendah. 


Sebarang dasar yang membabitkan industri permotoran harus mendahulukan rakyat berbanding konglomerat industri permotoran.