Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 16 September 2014

Semuanya sebab HJ Hadi -Peguam PAS


Hadi rumitkan lagi krisis MB Selangor, kata peguam PAS 
bekas Exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff secara berterus terang menuding jari kepada kegagalan Hadi berfungsi sebagai presiden parti sehingga menyebabkan pemimpin PAS kini bertelagah sesama sendiri.
Merujuk kepada peranan presiden dalam Perlembagaan PAS, Zulhazmi yang merupakan seorang peguam berkata Hadi sepatutnya bertindak menjamin perpaduan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, sebaliknya membuat keputusan secara peribadi di luar mesyuarat.Ini adalah kegagalan presiden. Kalau beliau seorang ketua yang betul beliau patut jaga AJK PAS Pusat supaya apa-apa jua langkah perlu diambil bagi menjamin perpaduan AJK PAS Pusat, tetapi adakah AJK PAS Pusat bersatu sekarang?
"Bila ini berlaku, presiden perlu panggil AJK buat 'regroup', tetapi presiden tidak buat keputusan dalam mesyuarat, ini masalahnya," katanya dalam forum "Kemelut MB Selangor: Mampukah Pakatan Rakyat (PR) Bertahan?" di Kuala Lumpur malam tadi.
Zulhazmi Shariff berucap semasa program Kemelut MB Selangor di Anjung Amjal berdekatan Universiti Malaya semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 16 September, 2014. Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) itu berkata, masalah ini boleh selesai jika Hadi menarik balik surat pencalonan yang dihantarnya kepada istana dan tidak memberi pilihan kepada Sultan Selangor selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau mendakwa, masalah kelewatan peralihan kuasa menteri besar baru adalah daripada 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dan bukannya berpunca daripada Sultan.
Beliau menyalahkan 13 Adun PAS Selangor yang sehingga sekarang tidak menyatakan persetujuan dengan 28 Adun PR lain menyokong Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.
"Istana jadi begitu sebab PAS. Kalau PAS tidak buat begitu istana tidak akan kacau bilau," katanya sambil menyindir beberapa petikan ucapan Hadi di Marang 6 September lalu.
Katanya, daripada terus menjadi batu penghalang kepada Dr Wan Aziah, PAS yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan istana perlu memainkan peranan menasihati Sultan Selangor menerima Adun Kajang itu yang sudah mempunyai sokongan majoriti.
"Jika tidak mahu peningkan kepala Tuanku, kenapa PAS tidak ambil pendekatan menghadap Tuanku jelaskan majoriti Dr Wan Azizah? Ini lebih baik.
"Kita hendak ajak perdamaian. Bukan konsep PAS pecah belahkan orang," katanya.
Beliau berkata, Hadi tidak wala' (patuh) kepada parti apabila menggunakan kedudukannya sebagai presiden membuat keputusan sendiri dan menepis ahli Parlimen Marang itu mempunyai kuasa veto tanpa melalui keputusan mesyuarat.
Beliau turut membidas arahan pemimpin tertinggi parti yang melarang ahli PAS menyertai forum PasMa kerana entiti itu hanya satu badan bukan kerajaan (NGO) dan bukan parti alternatif kepada PAS.
Katanya, tindakan itu sama seperti menghalang PAS bekerjasama dengan NGO lain seperti Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) seperti yang dibenarkan dalam perlembagaan parti. – 16 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-rumitkan-lagi-krisis-mb-selangor-kata-peguam-pas#sthash.QL289VfL.dpuf

WOI...HJ HADI DAH KENA KONDEM TERUK!....
TOGHUT DAH LANGGAR TERRENGGANU....
HJ HADI BERAK CAIR....SBB PANTAU KHALID GAGAP..
PAS mahu orang lain tapi terpaksa pilih Dr Wan Azizah, kata Hatta RamlI
 Dr Hatta Ramli berucap semasa program Kemelut MB Selangor di Anjung Amjal berdekatan Universiti Malaya semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 16 September, 2014.i - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-mahu-orang-lain-tapi-terpaksa-pilih-dr-wan-azizah-kata-hatta-ramli#sthash.U7IHroLY.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan