Najib Beri Sokongan Moral Kepada Khalid, Akui Boleh Bekerjasama
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal."
Najib turut berterima kasih kepada Abdul Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, Khamis malam.
Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan