Rabu, 25 Jun 2014
Zainuddin Maidin: Pemimpin UMNO raja Bangsawan
Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin meluahkan rasa terkejut
dan kekecewaannya terhadap pujian pengarang kanan
Utusan Malaysia yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam
sebuah majlis kelmarin.
Cara berpakaian seperti persalinan kepahlawanan Melayu yang
dipuji Zaini Hassan itu, menurut Zainuddin, menimbulkan persepsi
Umno semakin jauh daripada rakyat biasa ringkas hidupnya.
“Dengan berpakaian
'raja bangsawan' ini ,
Umno memberikan
persepsi kepada rakyat
bahawa mereka terus tidak
memahami perasaan di
akar umbi sekarang,
Umno semakin jauh dari rakyat, tidak melambangkan Umno sebagai
parti rakyat.
“Pemimpin pemimpin bercakap tentang amalan kehidupan
yang sederhana tetapi tidak sahaja ahli-ahlinya yang tidak faham
tetapi pemimpin-pemimpin juga adalah ibarat burung nuri,”
sindir Zainuddin.
Zaini dalam tulisannya berjudul “Umno Cheras terbaik!”
antaranya menulis dengan memuji cara pakaian dalam
majlis ulang tahun ke-20 Umno Cheras, yang turut dihadiri
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain memuji pakaiannya yang elok, Zaini (bawah) juga
berkata nilai estetikanya tinggi dan sepatutnya perlu ada muzium
menempatkan semua pakaian Melayu silam untuk tatapan generasi
sekarang dan akan datang.
Beliau juga
mengucapkan
syabas kepada
kepimpinan Umno
Cheras dan
ketuanya Syed Ali
Alhabshee.
“Sebagai
seorang yang
bukan ahli Umno,
selagi masih berada
dalam alam kerjaya ini, saya melihat parti itu dengan penuh
harapan - syaratnya contohilah Cheras!” tulis Zaini.
Menulis di blognya hari ini, Zainuddin juga membandingkannya
dengan keadaan semasa kerajaan Parti Tindakan Rakyat (PAP)
Singapura
ditubuhkan.
Pada masa itu, tambah bekas ketua pengarang kumpulan Utusan
itu, pemimpin PAP, termasuk perdana menteri, hanya berpakaian
biasa dengan seluar dan baju putih ke parlimen.
Katanya, ini dilakukan walaupun mereka dari golongan elit,
kalangan profesional dan berkelayakan tinggi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan