Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 27 April 2014

Obama buli Malaysia?

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bercakap sebelah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak semasa sidang berita di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.  – Gambar Reuters, 27 April, 2014.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bercakap sebelah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak semasa sidang berita di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini. – Gambar Reuters, 27 April, 2014.


Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menafikan Washington membuli Malaysia dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang sedang dijalankan.
Sebaliknya, beliau berkata beliau sendiri yang dibuli oleh partinya sendiri (Democratic) berhubung perjanjian itu selain protes terhadap perjanjian itu yang lebih kepada orang takut perubahan corak perdagangan pada masa depan atau tidak mahu mengubah cara lama.
"Adalah penting bagi semua orang tunggu dan lihat apakah perjanjian (akhir) sebelum mereka terus membuat kesimpulan," kata beliau sebagai respons kepada soalan sama ada Washington membuli Kuala Lumpur dalam rundingan mengenai TPPA pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata memang difahami bahawa akan ada bantahan, protes, tuduhan konspirasi politik, yang berlaku, bukan sahaja bagi Amerika Syarikat dan Malaysia, tetapi semua negara yang berunding.
Melihat ke hadapan ke arah memuktamadkan rundingan TPPA, beliau berkata "negara dan syarikat mesti bersedia untuk mengambil langkah seterusnya."
Najib, dalam komen sebelum itu, melahirkan keyakinan bahawa manfaat keseluruhan daripada TPPA akan jauh mengatasi kelemahan pakatan itu yang masih dirundingkan oleh 12 ekonomi lingkungan Pasifik, walaupun akan terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan.
Beliau juga berkata Washington memahami sensitiviti domestik Malaysia seperti yang dibuktikan semasa rundingan dua hala dengan Obama sebelum ini.
Obama juga berkata TPPA akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia komited kepada proses mendapatkan penerimaan orang ramai berhubung TPPA. – Bernama, 27 April, 2014.

Akhirnya drama MH370 disudahi dengan tandatangani TPPA – Hj Osama

APRIL 27, 2014
Kalau saya katakan begini bagaimana pendapat anda:
Malaysia pada mulanya agak liat untuk menandatangani perjanjian TPPA.
Bukan sahaja ia mendapat tentangan daripada rakyat Malaysia, malah kerajaan yang ada pun tahu akan akibat buruk dengan menandatangani perjanjian ini.
Ia disedari sebagai penjajahan cara baru Amerika.
Lalu Amerika mencipta drama MH370. Mereka seolah-olah datang membantu lantas mahukan balasannya melalui TPPA.
Selain TPPA, Malaysia dilihat tempat yang paling strategik untuk menyekat China menjadi kuasa besar baru.
Selepas kem tentera di Filippina tiada, Amerika memerlukan kem pangkalan di laut China Selatan.
Semua ini diselesaikan dengan satu drama MH370. Ada yang beranggapan, apabila China marah kepada Malaysia kerana rakyatnya yang ramai terkorban, Malaysia akan memerlukan bantuan Amerika untuk menyeimbangkan keadaan negaranya yang ditekan oleh China.
Selain semua perkara di atas, Amerika juga sedar tentang lemahnya Najib dengan pelbagai isu yang melibatkan dirinya sendiri seperti kes Altantuya.
Najib juga dilihat tidak mendapat sokongan politik oleh rakyat negaranya sendiri, tidak seperti zaman Mahathir dahulu.
Maka, tanpa rela Malaysia menandatangani TPPA...
Dan ada yang berkata MH370 akan ditemui selepas pulangnya Barack Obama, ini kerana drama penemuan MH370 akan menghilangkan curiga tentang TPPA.
Ahhh sungguh licik mereka dan sungguh mudah kita ditipu! – 27 April, 2014.
* Penulis ialah Penyelaras SAMM Kelantan.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Malay merdeka. -TMI
























Kalaulah Umno betul betul sokong Hudud, kenapa tak laksanakan Hudud di Trengganu dan Pahang. Hiprokrit betul Umno kerana saja sokong Pas laksanakan Hudud di Kelantan untuk lemahkan Pakatan Rakyat. Umno tau Pas akan jatuh ke perangkap mereka sekiranya mereka menyokong Hudud di Kelantan, dan pada 2018 mereka akan dapat majoriti 2/3. Pas dengarlah nasihat saya ini Laksanakan Hudud selepas jadi Kerajaan pada 2018, Laksanakan Hudud di tiga Negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Trengganu dan Pahang

Jumaat, 11 April 2014

Kenapa Peguam Shafie Abdullah dilantik mewakili kerajaan?

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA TMI
APRIL 11, 2014

Peguam dan bekas hakim mempersoalkan mengapa peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilantik mewakili Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam kes sivil antara agensi tersebut dengan DAP berhubung pemilihan dalaman parti tersebut.
Kebimbangan disuarakan sama ada Shafee menjadi “senjata upahan” baru Putrajaya untuk menundukkan individu atau pertubuhan yang melawan kerajaan.
Pelantikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam kes sivilnya dengan DAP menimbulkan persoalan sama ada beliau adalah 'senjata' untuk mencantas mereka yang melawan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 April, 2014. Mereka mempersoalkan langkah tersebut, memandangkan Pejabat Peguam Negara sebagai penasihat perundangan persekutuan yang sepatutnya dilantik mewakili RoS.
Malah kata mereka, secara tradisinya Pejabat Peguam Negara sepatutnya mewakili RoS dan ini menimbulkan kehairanan apabila mereka dikecualikan kali ini.
Peguam DAP, Gobind Singh Deo berkata mengetahui mengenai pelantikan Shafee semasa semakan kehakiman permohonan pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
Gobind berkata seorang peguam rendah daripada firma undang-undang Shafee memberitahu pendaftar mahkamah RoS menghubungi peguam kanan tersebut untuk mendapatkan khidmat beliau.
 
DAP, parti pembangkang utama Malaysia mencabar RoS kerana tidak mengiiktiraf senarai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas pemilihan terbaru pada September lalu.
Pemilihan kedua parti itu diadakan sembilan bulan kemudiaan, susulan arahan daripada RoS supaya mengadakan pemilihan semula.
Hakim bersara berkata Pejabat Peguam Negara memiliki peguam terbaik seperti Amarjeet Singh, Alice Loke dan Narkunavathi Sundareson untuk mengendalikan kes sivil.
"Saya masih tidak dapat lihat mengapa mereka tidak mampu mengendalikan hal tersebut melainkan ia pertarungan politik antara DAP dan Barisan Nasional," kata bekas hakim tersebut yang enggan mendedahkan identitinya.
Beliau menyifatkan langkah tersebut menyebabkan kemampuan Pejabat Peguam Negara menjadi pertikaian.
Bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata, dalam undang-undang menyatakan hanya peguam persekutuan mewakili agensi kerajaan dalam pertikaian sivil.
Beliau berkata dalam kes jenayah, Peguam Negara yang juga pendakwa raya, mewakili negara memandangkan ia melibatkan kepentingan awam.
"Bagaimanapun, Kanun Keseksaan Jenayah memberi kuasa kepada pendakwa raya untuk mengeluarkan fiat bagi peguam untuk mengendalikan kes-kes jenayah bagi pihak negara ini," katanya.
Contoh terbaru adalah pelantikan Shafee sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk menerajui pasukan pendakwaan yang akhirnya berjaya membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat.
Ragunath bagaimanapun, mempersoalkan pelantikan Shafee dalam pertikaian sivil.
Peguam kanan Karpal Singh berkata Akta Prosiding Kerajaan 1956 memperuntukkan pengekalan seseorang peguam oleh Peguam Negara untuk mewakili pegawai Persekutuan dalam prosiding sivil.
"Bagaimanapun, peruntukan tersebut hanya boleh dituntut dalam kes-kes berkecuali, di mana tiada kepakaran dalam Pejabat Peguam Negara," kata bekas pengerusi kebangsaan DAP dan ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
Peguam Datuk N Sivananthan mempersoalkan mengapa wang pembayar cukai digunakan untuk membayar peguam peribadi, walhal terdapat peguam dalam Pejabat Peguam Negara.
"Dalam apa jua keadaan, seseorang peguam yang dilantik harus mendapat persetujuan Peguam Negara," kata beliau, sambil menambah yuran guaman yang dibayar kepada Shafee mesti didedahkan.
Sivananthan mempersoalkan sama ada Pejabat Peguam Negara juga akan memberikan kes jenayah dan sivil untuk dikendalikan peguam selepas trend terbaru melantik Shafee ini.
"Satu contoh yang tidak baik ditunjukkan," katanya.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata Pejabat Peguam Negara memiliki sumber yang banyak dan tiada sebab untuk mendapatkan bantuan peguam luar.
"Ia menimbulkan persoalan mengenai kepakaran khas yang dimiliki Shafee, tetapi tidak dimiliki Pejabat Peguam Negara," katanya.
Paulsen berkata orang ramai tidak boleh disalahkan untuk menganggap sumber awam dan agensi tertentu digunakan untuk menghapuskan mereka yang dilihat sebagai penentang.
"Pelantikan Shafee dalam kes RoS dilihat daripada perspektif negatif," katanya.
Usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan maklum balas daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Pengarah RoS, Mohammad Razin Abdullah menemui kegagalan. 


Khamis, 10 April 2014

sekarang dah ingat tak lupa dah....Mahathir mengaku berada di tanahair sewaktu kejadian memali


Musa menegaskan dalam kenyataan itu, dia bukan pemangku perdana menteri ketika itu kerana Dr Mahathir masih berada dalam negara.

Dalam blognya hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku berada dalam negara ketika peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985.
"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China.
“Waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negara," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir juga cuba meletakkan kesalahan ini kepada Musa dengan berkata, "Tun Musa akui beliau bertanggungjawab”.
 Musa juga membuat kenyataan bertulis mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, dia bersama Pemangku Ketua Polis Negara ketika itu memberi taklimat kepada Dr Mahathir pada hari kejadian.
Ia bertentangan sekali dengan catatan sejarah yang dibuat pelbagai pihak termasuk ensiklopedia bebas, Wikipedia, yang merekodkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
Pakar propaganda Umno dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang juga bekas Menteri Penerangan Datuk Zainudin Maidin bertegas bahawa Dr Mahathir berada di China selepas kenyataan Musa bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika itu.
Namun Zainudin menegaskan, ia berdasarkan ingatan beliau.
Dr Mahathir mengaku, pada 20 November 1985, sehari selepas kejadian Memali, beliau mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar ke China dan Musa antara yang berada di lapangan terbang.
Dr Mahathir berkata, beliau begitu yakin yang Musa dapat menangani keadaan "sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri", iaitu selepas kejadian itu.
Yang diketahui umum, kata Dr Mahathir, Datuk Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, di samping memikul jawatan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.
"Sebagai Menteri Dalam Negeri, rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjawab dibuat, tentulah ini kurang manis," tulis Dr Mahathir.-tmi

Selasa, 8 April 2014

Mahathir tempelak Musa tak bertanggungjawab sebagai Menteri

Dari Buletin Utama Tv3 sebentar tadi Mantan PM Mahathir menempelak Musa Hitam sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam peristiwa Memali. 

Audit Negara: Semakin banyak tembelang korup kerajaan UMNZzzz/BN terdedah. Tipu atau rasuah?



Kipas industri berharga RM248 digunakan untuk sukan skuasy, tetapi dalam sukan gimnastik pula kipas yang sama bernilai RM630.Sebuah Televisyen LCD 32-inci pula digunakan untuk sukan angkat berat pula berharga RM1,450 tetapi televisyen yang sama bagi peserta taekwondo pula lebih mahal kosnya iaitu RM 2,300.Manakala kos troli beroda empat pula berharga antara RM150 hingga RM600.

Mengapa berlaku percanggahan? Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit 2013 membangkitkan tindakan jawatankuasa penganjur Sukma XV Pahang 2012 berhubung harga berbeza bagi barangan sama untuk sukan berlainan.

"Pada pendapat audit, perbezaan harga yang ketara wujud kerana setiap jawatankuasa membuat pembelian barangan yang sama daripada pembekal yang berlainan," laporan itu dipetik.

Kenyataan terbuka exco PR ramai tak sebulu dengan Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim

Huh...Khalid Ibrahim dikatakan tidak mempercayai exco nya sendiri. Adun Sekinchan, Ng Suee Lim mempertikai tindakan Abdul Khalid yang melaksanakan pemusatan kuasa kerana tidak yakin dengan Exco.

"Jangan jadi 'one man show' dengan pemusatan kuasa kerana menteri besar tak percaya dengan Exco dan beliau buat kerja sendiri.

"Cuba bahagi tugas kepada Exco lain iaitu Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi) , Adun Sabak (Sallehin Mukhyi) dan Adun Seri Kembangan (Ean Yong Hian Wah) supaya setiap enam bulan dapat bentang laporan," katanya ketika sesi perbahasan DUN selangor bermula hari ini.

Audit Negara: Kerajaan sentiasa cermat telus jimat dan bersih rasuah. Kerajaan BN paling bagus didunia.


PENGERUSI Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) dan Ambrin menunjukkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013, semalam.


Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 mendedahkan sebanyak 482 peralatan bernilai RM2.58 juta di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dan Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar, dikategorikan sebagai ‘aset hantu’ atau peralatan tiada di lokasi (V4L).
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=1827439441849295211#editor/target=post;postID=769816737051058231

komen : Ini adalah kelancauan meragui munasabah

Isnin, 7 April 2014

kerajaan belanja rm25 juta untuk 2 ekor panda pinjam dari China yang akan tiba pertengahan bulan ini

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel sebelum ini berkata Malaysia  menerima kehadiran dua panda gergasi berkenaan dari Chengdu, China pertengahan bulan ini.
pandaPasangan panda yang dinamakan Fu Wa dan Feng Yi itu akan dipinjam selama 10 tahun dan diletakkan di Kompleks Giant Panda di Zoo negara.
Manakala kos pembinaan eksibit dianggar RM25 juta. Daripada jumlah itu, RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bakinya oleh kerajaan.
 http://www.keadilandaily.com/?p=60527

Ahad, 6 April 2014

Pemandu Ambulan cuba bunuh diri

Kuala Lumpur, 5 April
Anggota polis berjaya menghentikan cubaan membunuh diri seorang pemandu ambulans yang mengugut membakar dirinya dekat Institut Sukan Negara di Bukit Jalil (ISN), pagi semalam.
Ketua Polis Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, lelaki berusia 43 tahun itu mengunci dirinya sendiri dalam ambulans ISN jam 9.30 pagi.
Pemandu ambulans itu dikatakan terlalu kecewa kerana gagal menghadirkan diri untuk temuduga jabatan.
“Seorang pekerja ISN memberitahu polis pemandu ambulans itu mengunci diri di dalam kenderaan itu bersama satu tin petrol,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohan Singh berkata lelaki itu mengugut untuk membakar dirinya selepas terlihat beberapa anggota bomba dan polis berada di tempat kejadian.
“Isteri pemandu itu berjaya mententeramkan suaminya sebelum lelaki itu dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 309, Kanun Jenayah atas cubaan bunuh diri.amb_Mhttp://bm.therakyatpost.com/berita/2014/04/05/cubaan-pemandu-ambulans-bunuh-diri-gagal

Jumaat, 4 April 2014

siakap senohong musa hitam pecah rahsia mahathir


Terkini! Kenyataan Media Tun Musa Hitam Berkaitan Isu Mahathir Dan Memali

April 4, 2014



Memali: Penjelasan panjang Musa Hitam

Musa Hitam

Pada jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam majlis diskusi anjuran kerajaan negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”. Profesor Dr Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai moderator.

Format diskusi menyamai program “Hard Talk” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa
juga soalan yang diajukan oleh moderator.

Sepanjang dua jam, moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr Mahathir berada di negara China dan saya adalah pemangku perdana menteri.

2. Saya bertanggungjawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

1. Saya menegur moderator dengan mengatakan sebagai seorang profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

2. Pada hari peristiwa Memali (iaitu 19 November 1985) Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya pemangku perdana menteri.

Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “my god” yang mengejutkan hadirin.

3. Sebagai menteri dalam negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak polis tentang dua perkara:

(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi.
(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah.

Namun saya mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku. Pada hari kejadian, saya bersama pemangku ketua polis negara (KPN) telah menemui perdana menteri di pejabat beliau dan pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi polis di Memali yang melibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam.

Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:

1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri perdana menteri sendiri.

2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.

3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri.

Dr Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya
mengadakan perjumpaan media.

Kesimpulannya ialah:

1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.

2. Isu utama dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan pemangku perdana menteri kerana Tun Dr Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Tun Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan perdana menteri pada hari tersebut.

3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di Mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Tun Dr Mahathir masih perdana menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan perdana menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh parti PAS. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan menteri; tidak ada pihak baik daripada kerajaan, begitu juga parti Umno yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.

Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang perdana menteri yang sedang berkuasa.

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ilahi memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya. Saya serahkan segala-galanya kepada Allah yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada-Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.