Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 7 Mei 2013

dakwat itu memang tak kekal cap ayam

mana ada kekal..yg kekal Allah swt.


PANAS Jom Tengok..!!!! Dakwat Kekal Di Jari Telunjuk Kiri BN yang kontoikan SPR [ Gambar ]-orangini.blogspot.com

Ini dakwatnya...
Orang kuat SPR kata "Dakwat Kekal"
5 April jari di calit dakwat kekal

PEKAN, 5 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan jari beliau yang telah dicalit dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

PEKAN, 5 Mei -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ceria ketika menunjukkan jari beliau yang telah dicalit dengan dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah dekat sini, hari ini.

PULAU PANGKOR, 5 Mei -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama isteri Datin Seri Saripah Zulkifli ceria menunjukkan kesan dakwat kekal selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 di Pulau Pangkor di sini hari ini.
Jeng...jeng...jeng....
Lihat jari  telunjuk tangan kiri Rosmah,Najib dan Muhyiddin...
ada lagikah dakwat kekal..??
KUALA LUMPUR, 6 Mei 2013 -- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan semasa hadir bagi meraikan kemenangan BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini, malam ini. 

IPOH, 6 Mei -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melambai ke arah jurufoto ketika keluar dari istana selepas mengadap pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di sini, hari ini. Lihat tangan kiri yang dilambai Zambry,ada kesan dakwat kekal dijarinya...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan