Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”
"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," kata Tengku Adnan.
(Tengku Adnan mengaku mereka ini dibawa masuk oleh BN dengan sokongan rakan-rakan BN. Adakah mereka rakyat Malaysia?)
Antara bukti yang diperoleh ialah bukti dokumen, foto berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.
Beliau menganggarkan sebanyak 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan sebelum 5 Mei ini. Menurut Anwar lagi, penumpang pesawat merupakan warga asing berdasarkan siasatan PKR terhadap daftar penumpang yang diperolehi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan