Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 4 Mac 2013

selidik: Banyak yang pelik tentang kes Lahad Datu,Siapa Lokman Noor Adam?

lahad datuSila Bongkar rahsia ini..
Siapa Lokman Noor Adam ini?
Penasihat Sultan Sulu...
 Lokman orang yang sama ini juga merupakan exco Pemuda Umno Pusat?

Sultan Sulu keluar Umno??? baca sini
umno sulubaca sini

Tukar tiub pecah lobang:KES AL-MAUNAH
ini jaafar
dia ditangkap
sebagai anggota al-maunah

MEMASANG BENDERA SALAH

Pada bulan Jun 2001  saya telah dibawa ke Kamunting sebagai  tahanan  Akta Keselamatan Dalam Negeri. Di Kamunting saya bertemu, bersuai kenal dan bercerita panjang dengan tahanan-tahanan  dari kumpulan Al-Maunah. Anggota Al-Maunah ini telah ditahan lebih awal dari saya. Dalam budaya sekolah asrama penuh mereka ini di nobatkan sebagai ' senior gentelman'.

Biar saya ingatkan kembali kenapa lebih dari 20 orang warga Al-Maunah ini telah ditahan di Kamunting. Mereka ini ditahan kerana berlaku  apa yang dikatakan rompakan bersenjata Bukit Jenalik  pada 2 Julai 2001. Sebanyak 5 tan senjata telah diangkut masuk ke dalam 3 buah Pajero. Senjata ini dibawa ke Bukit Jenalik  - tempat perkhemahan kumpulan Al-Maunah – satu kumpulan silat.

Ketika kejadian ini berlaku dunia  masih ini belum melihat  blog, tweeter atau face book. Hanya  ada laman Mahazalim dan Malaysiakini.  Laman-laman  ini, terutama Laman Mahazalim telah ‘menembak’ kesah dongeng ini sehinggakan tidak ada sesiapa pun dalan negara akan percaya versi United Malays National Organisation.

Lawak seram dan sandiwara Al-Maunah ini menjadi bodoh kerana senjata 5 tan boleh dimasukkan kedalam Pajero dalam masa 15 minit.   Najib Razak yang ketika itu Menteri Pertahanan  bersungguh cuba membuktikan cerita kentut kerbaunya. Maka sandiwara  ‘rompakan’ ini diulang pementasan sekali lagi di kem askar di Kuala Lumpur untuk disaksikan oleh media.  Sandiwara  kentut kerbau ini sebenarnya  dipentaskan  kerana Orang Melayu pada ketika  itu telah  berani turun  ke jalan raya untuk menyingkirkan  Mahathir  Anak Lelaki Iskandar Kutty.

INI JAAFAR SEDANG DI TAHAN
bersama anggota al-maunah
lihat dibelakang 
ada  soldadu berdiri

Rompakan di Sauk ini bertujuan untuk menakut-nakutkan Orang Melayu agar jangan berani turun berdemo. Hujahnya amat senang - jika Orang Melayu turun berdemo maka akan berlaku kacau bilau. Ada kumpulan-kumpulan sulit  yang akan ambil kesempatan untuk menambah  kacau. Justeru, kumpulan silat Melayu  bernama Al-Maunah dijadikan mangsa - dituduh hendak melawan  Yang DiPertuan Agong.

Dari perbincangan saya dengan ahli Al-Maunah dalam kem Kamunting semuanya menerima hakikat bahawa mereka telah  diperangkap untuk datang ke Sauk. Ada yang dipanggil kerana ada program  ceramah agama. Ada yang dipanggil  kerana hendak buat latihan silat. Ada yang dipanggil untuk jumpa-jumpa. Tidak timbul hal rompakan senjata. Tidak timbul ajenda nak lawan Yang DiPertuan Agong. Jelas Kes  Al-Maunah ini adalah sandiwara Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty.

 AL-Maunah ini kes terbaru.  Saya mahu membawa pembaca kepada  ke Zaman Konfrantasi: 1963-1965. Mengikut buku tulisan Said Zahari bekas Ketua Pengarang Utusan,  Tunku telah memberitahu dia  bagaimana pegawai tentera British telah meminta  soldadu Malaysia  mengebom kapal HMS Eagel  yang sedang berlabuh di Selat Melaka. Tulisan Said ini telah disahkan oleh  Yap Chin Kwee Setisusaha Politik , Tunku Abdul Rahman.

Rancangan British untuk meletupkan kapal perangnya sendiri bertujuan untuk  menyalahkan  Indonesia dan Sukarno. Jika ini berlaku maka Malaysia boleh mengistiharkan perang terhadap Indonesia. Dan kuasa imperialis Anglo-Amerika akan masuk campur sama.

Dalam istilah politik kes Bukit Jenalik dan HMS Eagel ini dipanggil ‘memasang bendera salah’.  Konsep ini bermula kerana lanun dalam laut sering menggunakan bendera kapal orang lain ketika menjalankan rompakan.  Dalam kes Bukit Jenalik  bendera itu adalah bendera Al-Maunah. Dengan satu perancangn licik Orang Melayu dan rakyat Malaysia telah ditakut-takutkan dengan kemungkinan berlakunya  kacau bilau.

HMS Eagel  gagal diletupkan kerana Tunku menolak rancangan jahat ini. Tetapi dalam surah strateji  ‘memasang bendera salah’ ini dunia tidak akan melupakan kes Telok Tonkin. Telok Tonkin  menjadi contoh terbaik sebagai rujukan  dan kajian  memasang bendera salah.

 Pada  2 Ogos 1964 dunia telah gempar dengan berita  bagaimana kapal perang Amerika  USS Maddox yang berlabuh di Telok Tonkin  telah diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Satu dunia heboh. Warga  Amerika bangun  pagi terperanjat melihat induk berita akhbar – Amerika diserang. Warga  Amerika bingong memikirkan bagaimana negera  sekecil Viertnam Utara berani menyerang kuasa tentera terbesar dalam dunia.

KAH KAH KAH
ini  juga jaafar  
dapat hadiah dari pegawai polis
kerana peranan dalam sandiwara
al-maunah

Dewan Senate dan Dewan Kongres telah mengadakan sidang tergempar. Dengan  sebulat suara elit politik Amerika telah meluluskan  : Gulf of Tonkin Resolutiion. Dengan lulusnya ketetapan ini maka Amerika telah menghalalkan diri untuk memerangi Vietnam Utara.  Hari ini kajian fakta telah membuktikan bahawa TIDAKada serangan keatas USS Maddox pada 2 Ogos 1964. Apa yang berlaku hanyalah  satu sandiwara.

Kes dan kejadian memasang bendera salah ini saya timbulkan kerana pada ketika saya menulis ini ada Satu Bendera Sedang Tercacak di Lahad Datuk.  Bandera  Lahad Datu ini pelik lagi memelikkan. Pertamanya  media antarabangsa  tidak diibenarkan  untuk membuat laporan. Wartawan Al-Jazzera telah ditangkap dan dihalau keluar. Rakyat Malaysia telah menjadi cendawan – disimpan dalam gelap dan diberi makan tahik lembu.

Mengikut  laporan awal   Bendera yang tercacak di Lahad  Datu ini bersangkutan dengan Yazid  Sufaat yang  baru kena tahan dibawah undang-undang  ISA Baru. Apa  sangkut paut Yazid dengan Lahad Datu tidak jelas. Tetapi berita ini hilang bagitu saja.

Pada awalnya umum telah diberitahu  ada  100 gerila lengkap bersenjata telah mendarat  di Lahad Datu.  Tetapi tidak diketahui pula  dari busut jantan mana Sang Gerila ini  datang.   Tetiba, beberapa hari kemudian laporan  mula beralih. Jumlah 100 kini   menjadi 40 orang. Kemana 60 orang lagi menikus walah hu alam bissawab. Media Malaysia pada awalnya melapor bahawa gerila ini lengkap bersenjata. Tetiba berita diubah.  Sang Gerila  hanya datang dengan  penggali dan  cangkul.

Satelah beberapa hari ,  muncul pula berita  yang melaporkan Sang Gerila ini   ingin bertemu dengan seorang personaliti. Mengikut laporan - sesudah bertemu dengan ‘personaliti ‘ ini  Sang Gerila akan pulang. Siapa personaliti yang ingin ditemui ini? Apakah Sang  Gerila ini hendak berjumpa  Ziana Zain?  Atau  personaliti yang dimaksudkan ialah Psy Gangnam Style? Sampai hari ini tidak diketahui siapa personaliti itu.

Terakhir media memaparkan  gambar Hishammuddin Hussein meneropong   dari jauh untuk melihat Bendera Lahad Datu yang sedang tercacak.  Perangai meneropong dari jauh telah menjadi tabiat Menteri Dalam Negeri  semenjak dia diberi teropong untuk melihat cara polis membelasah penunjuk perasaan di Bersih 3 tahun lalu. Apakah teropong ini hadiah  hari jadi dari  Zaina Zain atau dari  adik Ziana Zain. Ini masih tidak jelas.

Apa yang jelas ialah orang ramai semakin marah kerana rakyat Malaysia tidak diberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Mengikut laporan akhbar Pilipina – jumlah gerila ini  bukan 40 orang, bukan 100 orang tetapi 400 orang. Gambar dari akhbar Pilipina  memperlihatkan bahawa gerila ini dililit oleh peralatan senjata moden.  Gerila ini datang untuk mengancam.

Maka timbul persoalan hakiki. Apa tujuan  memasang bendera ini? Siapa dibelakang bendera ini?

Untuk memahami ini kita wajib mengambil kira PRU13 yang akan berlaku tidak lama lagi. Kita wajib mengambil kira bagaimana Suruhanjaya DiRaja Sabah  tentang kad pengenalan palsu sedang bersidang  di Kota Kinabalu. Kita juga wajib menyedari bagaimana ‘kilang undi haram dari Sabah’ kini telah runtuh. Kita juga wajib mengambil kira kepulangan Balasubramaniam. Kita juga wajib ambil kira saman Deepak terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira serangan  Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira bagaimana Muhyiddin sedang merancang untuk menyahkan Najib dari kerusi PM.

Satelah mengambil kira semua ini maka jika Bendera Tercacak di Lahad Datu ini berterusan maka ianya pastilah  baik untuk Najib. Bendera ini amat cemerlang  untuk  United Malays National Organsiation. Pada tahap ini tidak penting untuk kita mengetahui siapa yang memasang bendera ini. Yang penting bendera ini telah terpasang. Dan orang yang merancang untuk memasang bendera ini akan meraih keuntungan.

Bendera yang sedang terpasang di Lahad Datu ini cukup molek untuk dijadikan  sebab musabab oleh Najib untuk menggantung pemilihan di Sabah.  Memasang bendera saperti ini bukan sesuatu yang baru. Salah bendera ini telah digunakan untuk menjatuhkan PBS dan Pairin dalam tahun 1982. Pada tahun`1978 sejarah telah membuktikan bagaimana United Malays National Organisation memasang bendera  salah di Kelantan. Kacau bin Bilau telah melompat-lompat berdemo  di Kota Bahru. Akhirnya Dewan Undangan Negeri  Kelantan di gantung dan Parti Pas tersingkir.

Bendera yang tercacak di Lahad Datu ini telah hampir tiga minggu. Dalam laporan Bernama pada 24hb Febuari  yang lalu, Najib telah menerangkan bahawa  dia menangguhkan PRU13 sehingga rancangan ‘transformasi’ memperlihatkan  hasil. Apakah Najib ini bodoh? Apakah Najib sudah nyanyok?  Biji  durian akan mengeluarkan hasil satelah 5 tahun ditanam. Padi boleh dituai satelah 3 bulan ditanam. Jagung yang berbuah satelah 4 bulan ditanam.


Mustahil ‘transformasi’ ini akan memperlihatkan hasil  dalam masa 2 bulan. Sesuatu dasar akan dilihat  ketrampilan dan kejayaan  dalam masa 10 atau 15 tahun. Mungkin lebih lama.  Rancangan Felda  yang dirancang oleh pada tahun 1956 hanya berhasil 15 tahun kemudian.

Justeru soalan wajib ditanyakan :  Apakah  salah pasang bendera  di Lahad Datu bertujuan untuk menimbulkan huru hara di Sabah? Dengan huru hara ini pilihan raya di Sabah di tangguh. Jika  pilihan raya Sabah ditanguhkan  maka Najib dapat menyelamatkan diri. United Malays National Organisatin dan kuncu-kuncunya dapat selamat dari gelombang ombak  rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menghumbankan mereka semua ke dalam tong sampah sejarah. (TT)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan