Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 12 Februari 2013

Yong Teck Lee mahu kuasa autonomi Sabah


 Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee berkata beliau bersedia bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya ketua umum PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan memberi kuasa autonomi kepada Sabah sekiranya pembangkang menjadi parti pemerintah.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata kuasa autonomi untuk Sabah merupakan perkara utama yang diperjuangkan parti itu dan ia sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti dan kerajaan negeri Sabah perlu ditentukan rakyat negeri ini sendiri, bukan oleh Kuala Lumpur.
"Kami boleh berunding tentang pengagihan kerusi, tapi autonomi Sabah tidak boleh dirunding. Malah, saya, Yong Teck Lee, sanggup bertanding atas tiket PKR sekiranya Anwar berjanji akan memberi autonomi kepada Sabah," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka parti itu di Dewan SM Kian Kok Hall, dekat sini, Isnin.
Yong berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Anwar yang ingin melihat SAPP bergabung dengan pakatan pembangkang dan kesediaan beliau untuk bertolak ansur tentang pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan