Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 3 Februari 2013

Nasharuddin Mat Isa tidak mahu tinggalkan PAS

Orang sebegini bunyinya sama...Jenis lelaki atau suami curang...kah..kah..kah..
Dulu simulut bacul Hassan Ali akidah serupa juga..tetap mahu bersama PAS namun curangnya menjadi-jadi..
macam orang gila talak kemudian meroyan..
Ini Nasharuddin pun sama..semalam dia bersama Hassan Ali ada forum kat Masjid Negara..ish..ish..
mabuk apalah Nasha ni orang dah tau dah perangai buruknya..tapi masih nak tutup-tutup..tu sebab sekarang ni kerapa nampak dia berpakaian ala koboi..asyik kenakan kot memanjang...
Si Hassan Ali pun serupe....
Baca dibawah sila perhati betul-betul samada Nasha ni dungu atau bijak  dan perhatikan juga gambar Nasharuddin dan riak mukanya....mcm p*****k....

 Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.

Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Pas berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.

"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. 

Isnin lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13.
 Nasharudin Mat Isa
Mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang, Nasharudin berkata, tindakan itu adalah perjuangan untuk membela nasib umat dan agama Islam.   


"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang Pas. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Nasharudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau menerima habuan daripada Umno dan BN untuk berpaling tadah sambil menegaskan perjuangan Islamnya tidak boleh dijual beli. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan