Rabu, 4 Julai 2012
sampai bilapun Najib takkan berani berdebat
"Sampai bila pun Najib takkan berani berdebat dengan Anwar dan Najib akan sentiasa mencari alasan dan helah untuk tidak berdebat dengan Anwar.
"Anwar kata dia cakap 20 minit, Najib bercakap 40 minit pun tak apa asalkan Najib berani untuk berdebat dalam apa juga tajuk," kata pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari dalam majlis ceramah di Taman Indah dekat Melaka malam tadi.
Sudah menjadi sifat dan lumrah pemimpin Umno BN yang sememangnya takut untuk berhadapan secara anak jantan dengan lawan politk dan rakyat sendiri ujar Dr Aziz mengulas keengganan Najib untuk berdebat dengan Anwar.
"Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya ‘mati kutu’ untuk membubarkan parlimen kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat kepada BN semakin teruk, Najib tidak yakin BN akan menang sebab dia takut untuk bubar Parlimen.
"Segala perancangan dan tindakan Umno BN selama ini tidak dapat mengubah persepsi negatif terhadap Umno BN, walaupun pelbagai bantuan, sogokan dan projek pembangunan dilakukan tetapi rakyat tetap menolak BN," ujar Abdul Aziz yang sekarang menjadi ahli politik sepenuh masa.
Justeru, beliau berkata rakyat mesti bekerja kuat untuk memastikan negara ini diselamatkan dari pentadbiran BN yang jelas korup, mengamalkan nepotisme, membazir dan membelakangkan undang-undang demokrasi.
"Kita yakin walaupun mereka mendaftarkan puluhan malah ratusan ribu pengundi luar yang bukan warganegara, Umno BN tetap tumbang dengan kuasa rakyat,"
Malay Merdeka: Hanya Ummi Hafilda saja yang berani mewakili UMNO...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan