Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 7 Jun 2012

RM 2juta untuk MP PR lompat

NONEWakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah."
 Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)."
Demikian rakaman perbualan antara ejen  BN untuk membeli wakil rakyat PR untuk berpaling tadah. 
Perkara tersebut didedahkan oleh  Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini, rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.
Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu.
"Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan. 
"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.
Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam. 
Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.
Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.
"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.
"Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi.
Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli.
Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas.


Malay Merdeka: Semoga NGO tersebut bukanlah JATI.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan