Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 6 Jun 2012

NOH OMAR (BN selangor) takut pembersihan pengundi oleh Kerajaan Selangor.

Datuk Seri Noh Omar Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan 94,474 borang Kaji Selidik Daftar Pengundi melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selat Klang, Sri Serdang, Kota Anggerik, Batu Tiga, Sri Muda dan Sri Andalas.

Katanya, tujuan kaji selididik tersebut dijalankan adalah untuk membuktikan kepada SPR bahawa wujudnya pengundi hantu berdasarkan peningkatan luar biasa pengundi baru.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Noh Omar, mulai merawsa tak senang duduk dan kecut perut mempertikaikan mengapa Kerajaan Negeri melakukan kaji selidik tersebut kerana bimbang terbongkarnya rahsia kewujudan pengundi hantu. Pembersihan daftar pengundi akan menyebabkan BN gagal hajat merampas Selangor.


"Ketakutan Noh ini seolah-olah mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN,  SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih," kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin dalam satu kenyataan.


Selepas PRU 2008, berlaku peningkatan pengundi luar biasa jumlah pengundi baharu di Selangor dan lebih mengejutkan apabila SPR mengumumkan terdapat 600,000 orang pengundi baharu di negeri itu.

1 ulasan:

  1. Noh Omar boleh tak duk diam2 saja?? bukak mulut saja nampak lah 'tidak bijaksana' nya..patutnya tunjuk la bijak sikit dan kata..'kita sokong langkah kerajaan negeri tetapi kita percaya tidak ada apa2 yg boleh menimbulkan keraguan dan tiada apa2 yang menyalahi undang2'barulah bunyi macma loyar tapi..ialah dalam UMNO tiada orang bijak2 bak kata Mahathir..semua dah masuk PR..

    BalasPadam