Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 14 Mei 2012

Bekas Presiden MCA Ling Liong Sik yakin BN gagal tawan Selangor dan kalah teruk dalam PRU 13

BN tidak bersedia lagi kerana banyak isu melibatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang belum dapat diselesaikan kata bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.
Beliau menjangkakan BN tidak akan dapat merampas negeri Selangor dari PR dalam pilihan raya akan datang kerana imej bersih para pemimpin PR."Lebih tepat lagi, BN tidak pasti sama ada ia boleh menang pilihan raya umum.
Terdapat banyak krisis yang tidak diselesaikan," bekas Menteri Pengangkutan itu memberitahu akhbar Sin Chew.
Beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dengan rasuah atau penyalahgunaan kuasa dan rekod sedemikian membantu membina imej yang baik bagi mereka.

"Pada umumnya, orang-orang Cina tidak cenderung kepada BN, "Di Johor, (BN) mungkin akan kehilangan sejumlah sokongan ," kata beliau.



Malay Merdeka: ....lagi banyak veteran BN tak suka BN menang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan