Sikap buruk Hassan Ali ini menunjukkan bagaimana jahatnya beliau apabila menuduh seseorang tanpa bukti dan turut memfitnah Azmin Ali. Beginikah sikap seorang yang mengakui pejuang Islam? Apakah rasionalnya Hassan Ali sehingga menyerang peribadi seseorang dengan pelbagai tuduhan.? Adakah masyarakat mempersoalkan perkahwinan kedua atau ketiga Hassan Ali?
Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menafikan tiga perkara yang didakwa oleh Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri Jumaat lalu, sebaliknya menuntut Timbalan Presiden PKR itu menjawab lima persoalan sebelum mempersoalkan kredibiliti pihak lain.
Salah satu persoalan, menurut Hasan, beliau mahu Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangannya bersama isteri untuk membeli saham mencecah RM2juta pada 1992 hingga 1994.
Katanya, Azmin juga perlu menafikan laporan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia S.A Vickneswaran yang mendakwa dia bersama isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham mencecah RM8.5juta pada awal 90-an.
Hasan terus menuntut Azmin untuk menafikan tuduhan adik kandunganya, Ummi Hafilda yang mengatakan dia sudah lapan bulan tidak menziarahi ibunya yang kini berusia 78 tahun dan berada dalam keadaan uzur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan