"Saya cabar mereka yang melaungkan ratusan ribu umat Islam murtad ini memberikan 300 nama dan alamat (orang murtad) supaya kita boleh cari untuk pastikan ia benar atau sekadar retorik untuk alih perhatian dalam politik,” kata Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.“Kita tidak nafikan, ada usaha pihak lain untuk berkempen agar umat Islam tertarik dengan agama mereka, namun, tindakan mereka yang mengendalikan isu ini sehingga menyatakan puluhan dan ratusan ribu orang Islam murtad adalah berbahaya. Isu murtad yang digembar-gemburkan itu hanya akan mengundang kegelisahan dalam kalangan umat Islam negara ini.
Tegasnya, ia sekaligus mewujudkan suasana tidak tenteram dalam negara. Asri berkata, soal murtad tidak perlu dipolitikkan dan disebarkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai umat Islam kerana hanya akan menimbulkan pergaduhan sesama sendiri.
“Daripada mereka meneruskan perkara yang akan menimbulkan ketegangan ini, lebih baik mereka keluarkan dahulu 300 nama, kita mahu lihat sama ada benar atau tidak seperti didakwa,” katanya.

Malay Merdeka:mana pejuang Islam yang cakap bagai nak rak...Zulkifli Nording? Ibrahim mengatak? Hassan Akidah?...cis! jahanam mereka.... sibuk berpolitik jual agama...akidah konon..IMR konon...pejuang Islam konon....ribuan woi..ribuan umat islam murtad...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan