Tiga lelaki , Sidiqin Omar, 30, Mohd Fiqtriey Halimiey Abdul Rani @ Abdul Ghani, 27, dan Ahmad Husni Mohd Ali, 28, didakwa atas tuduhan menconteng harta awam berhubung grafiti dengan tulisan "TTR 901 Turun Tibai Rosmah" melakukan grafiti itu pada satu struktur bangunan Stesen Komuter Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Tertuduh berkenaan masing-masing merupakan wartawan, artis grafik dan pemuzik itu didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 6.10 pagi hari Sabtu.
Pertuduhan dijalankan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir mengikut Seksyen 15 (2) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Malay Merdeka: itu rupanya maksudnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan