
Kamaluddin mengesahkan bahawa bahagiannya telah menerima laporan daripada pasukan pendakwa raya yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Yusof dijadualkan untuk bersara pada 1 Februari.
Bagaimanapun, oleh kerana laporan itu masih belum dikaji, katanya, keputusan masih belum dimuktamadkan meskipun pihaknya cuma mempunyai 14 hari untuk mengemukakan rayuan.
Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail)
tidak boleh terbabit dengan sebarang perkara mengenai kes Anwar kerana berikutan dakwaan bahawa beliau terlibat dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti.
Atas alasan itu, beliau tidak diberi sebarang peranan semasa perbicaraan kes liwat II.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan