Kesengalan dan ketololan yang amat sangat Presiden Perkasa Ibrahim Ali memberikan angpau berwarna putih membuatkan orang Cina tersangatlah marah bukan kepalang! Ini menghina kaum cina...kata mereka!
Bila dah bodoh..bodoh melampau la pulak!..mana ada angpau warna putih...ITM tak ajar pun buat perkara bodoh tu Brahim Ali oii..tak habis ngaji le ni!....
Orang Cina cukup berbangga dengan warna merah yang memberikan seribu makna bagi mereka.Warna putih bagi orang cina adalah untuk kematian dan kesedihan. Ini memang melayu bodoh punya Brahim!
Timbalan presiden Gerakan Mah Siew Keong berkata, pemberian angpow dalam sampul putih pada tahun baru - sebagai festival kegembiraan - menunjukkan Presiden PERKASA Ibrahim Ali tidak sensitif (tak reti bahasa!)
"Setelah menjadi anggota parlimen dan berada dalam politik sudah beberapa tahun, Ibrahim Ali masih tidak tahu adam resam kaum lain, yang menjelaskan kenapa dia terus melakukan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya.
Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.
Dalam kenyataannya hari ini, Mah menyifatkan Ibrahim sebagai pemimpin yang cuba menghalang usaha 1Malaysia perdana menteri.
Mah juga menggesa Ibrahim memohon maaf atas tindakannya itu. Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen juga menyelar tindakan PERKASA yang didakwa tidak sensitif dan patut tiada tolak ansur pada "kumpulan ekstrim" kaum dan agama.
"Sebagai anggota parlimen, dia (Ibrahim) patut bertindak atas kepentingan rakyat dan memahami masyarakat kita yang berbilang bangsa, dan pantang larang pelbagai budaya," katanya lagi.
"Alasan bahawa tidak tahu tidak boleh dijadikan alasan dalam isu ini."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan