Kah...kah...kah...kah...Pelawak Os juara maharaja lawak mega berasal dari Perak...Wahid Senario pun dari Perak...Arwah Pak Uda pun Perak juga...ramailah pelawak dari negeri Perak...Pengarah lawak Mamat asalnya memang Perak.....
Perak pun banyak melahirkan pelawak terkenal...Perak memang lawak...
Lawak maknanya kelakar sangat-sangat.
kalau tak kelakar makanya tak gelihati..
geli hati bukan geli-geli.....
geli maknanya seriau atau ngeri....
Polis nafi guna kekerasan pada siswa- Bernama(tiada FRU?)
Polis menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.
"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.
"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Malim hari ini.
Beliau berkata kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.
Mohd Shukri berkata pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.
"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.
(polis sangat berhemah)
"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut," katanya.
Beliau berkata tiga laporan polis diterima hari ini, iaitu satu laporan daripada seorang penuntut perhimpunan berkenaan yang melihat rakannya dipukul polis, manakala seorang lagi membuat laporan mengenai kecederaannya akibat rempuhan di klinik dan satu daripada pekerja klinik berkenaan yang dirempuh.
malaymerdeka: Berita dan gambar ini sangat menyedihkan....Ketua Polis Perak kata tiada FRU....polis sanagt berhemah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan