Tan Sri Muhyiddin lebih tegap dan mantap. Muhyiddin lebih berkaliber.
Gesaan senyap kedengaran menjelang perhimpunan agung Umno yang akan berlangsung diakhir bulan nanti meminta supaya Najib mengundur diri.
Beberapa pemimpin Umno melahirkan kebimbangan jika Najib terus memimpin Umno bakal kecundang pada PRU akan datang. Umno akan menerima nasib semalang diketika dibawah Pak Lah.
Umum telah maklum Rosmah Mansur menjadi liability kepada Umno. sokongan ikhlas kepada Umno jauh merosot. Apatah lagi golongan muda yang dilihat tidak berminat kepada Umno. Kegagalan Ketua Pemuda KJ dan kelembapan Puteri Umno merangsang anak muda menyertai Umno.
Beberapa pihak berpendapat Muhyidin lebih layak berbanding Najib kerana Najib terbawa-bawa kebangsawanannya yang tidak berjiwa rakyaat marhaen. Najib sentiasa diselubungi kemewahan.
Manakala Muhyidin mempunyai perasaan rakyat kerana beliau berasal dari golongan rakyat biasa dan dari keturunan ulamak.
Mungkin inilah persidangan terakhir bagi Najib dan AUmno sebelum pilihanraya nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan