Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 29 November 2011

Isa Samad mengaku sebagai sipendek yang kaki lutu

 Ketua peneroka Felda,yang memegang jawatan Pengerusi JKPP sejak 15 tahun lalu yang juga seorang ahli lembaga pengarah agensi itu, memberi masa 14 hari kepada Pengerusinya Tan Sri Isa Samad yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina beliau dalam satu taklimat di Kuala Pilah awal bulan ini.
Berdasarkan kandungan ucapannya, Isa didapati mendakwa bahawa Shamsuddin yang diturut dipanggil sebagai “Pas Sam” tidak faham-faham meskipun sudah berkali-kali dijelaskan mengenai proses penyenaraian Felda Global Ventures.
Shamsudin (gambar), 59, dari Felda Wilayah Johor Baru berkata, Isa mengeluarkan kenyataan itu ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian Felda Global Ventures di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu.dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu” dan “jika saya jumpa saya akan lutu dia”, tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Isa selaku pengerusi agensi kemajuan tanah persekutuan itu
.“Ini kali pertama seorang Pengerusi Felda mengeluarkan kata-kata menghina seorang ketua peneroka, bukan sahaja pemimpin peneroka, saya kira keseluruhan peneroka rasa terhina dengan kenyataan Tan Sri Isa,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
“Saya akan lantik peguam dan akan memberi masa 14 hari kepada Isa agar meminta maaf. Oleh kerana beliau mengeluarkan kenyataan itu secara terbuka, di khalayak ramai, maka saya mahu beliau meminta maaf secara terbuka di lima akhbar tempatan,” kata beliau lagi.

Peneroka Felda beri Najib kata dua, Isa Samad atau undi

Dilihat sebagai bantahan terbuka kali pertama, badan yang mewakili peneroka Felda hari ini menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berundur secara terhormat dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan itu jika inginkan undi pilihan raya umum ke-13.
Gesaan itu dibuat pada satu media di sini hari ini oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), yang diiktiraf secara rasmi oleh Felda, mendakwa mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara.
Desakan itu dibuat ketika pentadbiran Najib bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengharapkan sokongan padu peneroka Felda yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN.
Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama.
Desakan itu memuncak ketika proses menyenaraikan Felda Global Ventures sedang giat dijalankan.
Langkah penyenaraian itu diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.
“Di atas segala polemik, isu dan masalah yang timbul, JKPP dan (Gerakan Persatuan Wanita) GPW dengan ini sebulat suara mengusulkan kepada Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan Datuk Noor Ehsanuddin agar mengundur diri secara terhormat dan jika hasrat kami ini tidak ditunaikan oleh YAB Persana Menteri, jelaslah sokongan peneroka Felda semasa pilihan raya umum ke-13 tidak lagi diperlukan oleh kerajaan memerintah,” kata kenyataan media itu.
Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah.
Pada sidang media hari ini, Shamsuddin, 59, menyenaraikan masalah dan isu dihadapi oleh pihaknya termasuk dakwaan ketua peneroka itu dihina oleh Isa, ketiadaan maklumat yang cukup mengenai proses penyenaraian dan tindakan Seranta Felda ‘Umno’ mengganggu peneroka
Kenyataan itu menambah, “JKPP dan GPW yang mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda menolak pelantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda melalui kuasa menteri koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda dan Undang-undang Koperasi Permodalan Felda.”
Kenyataan itu menambah, JKPP dan GPW juga tidak bersetuju dengan keluaran akhbar pojok 1Suara yang disalurkan dananya oleh Seranta Felda dan Jabatan Perdana Menteri.
“JKPP dan GPW ingin mencadangkan supaya unit Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri ditutup dan pegwai-pegawai Seranta Felda yang terdiri daripada anak-anak Felda yang berniat ikhlas membantu masyarakat Felda diserapkan secara tetap dalam organisasi Felda,” katanya lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan