kenyataan terbaru Ahli Majlis Profesor Negara (MPN) Zainal Kling menegaskan, penjajahan tetap telah berlaku di Tanah Melayu walaupun kehadiran kuasa penjajahan adalah melalui perjanjian-perjanjian dengan Raja-raja Melayu sejak Perjanjian Pangkor pada 1874, yang terpaksa menerima nasihat British dalam pelbagai bidang pentadbiran.Sebelum ini beliau dan beberapa profesor didakwa mengeluarkan pandangan bahawa negara ini sebenarnya tidak dijajah, sebaliknya menjadi wilayah naungan British.
Dalam kenyataan terkini, Zainal berkata, perjuangan kemerdekaan bukan sekadar mengembalikan kedaulatan negeri-negeri Melayu dan mengiktiraf tuntutan rakyat seluruhnya dari dominasi kolonialisme British bahkan menentang ancaman keganasan, penindasan dan kekejaman daripada gerakan penderhakaan Parti Komunis Malaya (PKM) dengan penentangan militan dan bersenjata mereka di Tanah Melayu.
Pendirian itu dikeluarkan susulan kenyataan Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat Rabu lalu bahawa Malaysia pernah dijajah — respons yang bercanggah dengan penegasan beberapa profesor bulan lalu bahawa negara hanya menjadi naungan British.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan