Nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran mesyuarat tertutup dan persediaan akhir belanjawan 2012 dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi,Bernama pada 6 Oktober lalu. Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.
Malah pada berita itu, nama Rosmah mendahului Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan