Tekanan paling hebat dikenakan keatas pakar perlembagaan Prof Dr Aziz Bari. Beliau digantung kerja bergaji sehingga notis seterusnya. Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.Sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.
Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).



Tiada ulasan:
Catat Ulasan