Khamis, 25 Ogos 2011
Pihak zakat dan kebajikan buta mata sehingga akur untuk bersama kristian
Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.
Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.”
Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.
Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.
Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad.
“Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini.
Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.”
Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.”
Dia mempunyai tiga orang anak.
“Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih.
“Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi.
Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan.
Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.”
“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.
“Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini.
Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya.
“Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.
“Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya.
Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja.
“Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi.
Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar.
“Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.
“Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.
“Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya.
Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.
“Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.
“Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi.
Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya.
“Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.
“Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.
“Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.”
Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan saying”.
“Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi.
Selasa, 23 Ogos 2011
Siapa punya kerja aniaya Khir Toyo
Khir Toyo merasakan dirinya telah dikonspirasikan. Menulis dalam blognya Dr Khir menuduh ada tiga orang menteri kabinet Persekutuan ada cubaan agar beliau dipenjarakan. Demikian boleh ,merampas kembali negeri Selangor.
Konspirasi yang menyakitkan hati Khir Toyo ini menempelak betapa jeleknya perbuatan rakan-rakan dalam kabinet Umno/BN.
“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.
Siapakah menteri yang dimaksudkan Khir Toyo itu?...Adakah Noh Omar?...
Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.
“Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.
“Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.
“Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?” soalnya lagi.

Rabu, 17 Ogos 2011
SU Agung PAS: Saya ada bukti campur tangan Umno dalam operasi Jais
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini.
Sebaliknya tegas Mustafa (gambar), beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu.
“Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit.
“Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno.
Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.
Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.
Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.
“Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau.
“Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais,” katanya.
Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.
Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.
Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais.
Jais juga telah mengambil keterangan dan memberi kaunseling kepada 12 individu beragama Islam yang berada dalam gereja semasa pemeriksaan itu dilakukan.
Pertemuan PAS dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ditangguhkan.
Hassan Ali talibarut Umno?
Selasa, 16 Ogos 2011
RAHSIA MENDAPATKAN KERAKYATAN MALAYSIA SECARA MUDAH TERBONGKAR
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mendedahkan pengkhianatan Umno-BN yang memberikan kewarganegaraan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi, Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing berkenaan.
Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.
Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI menyokong dan mengundi Umno-BN bagi mendapat kerakyatan- selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.
Skrip itu berbunyi ” Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.
“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.
“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”
“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”
FELDA KALAH LAGI.....
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman fitnah RM200 juta yang dikemukakan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda ke atas bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong - yang sekarang menanggotai PKR.
Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof berkata walaupun beliau berpendapat artikel berkenaan berbaur hasutan, Felda gagal membuktikan bahawa Tan yang membuat kenyataan itu.
Katanya, Felda telah gagal memanggil wartawan Faizal Zakaria yang ketika itu wartawan akhbar Suara Keadilan untuk memberikan keterangan di mahkamah yang menulis artikel berkenaan.
"Berikutan ini, kes ditolak dengan kos,” katanya.
Hakim Zabariah mengarahkan kos sebanyak RM70,000 kepada Tan, meskipun peguamnya Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew meminta RM100,000.
Tan yang menitiskan air mata kegembiraan kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada hakim dan berkata tindakan itu tidak akan membantutkan usahanya memperjuangan keadilan dan kebenaran.

Sementara itu, ketua PKR Johor dan juga naib presiden parti itu Datuk Chua Jui Meng yang juga hadir di mahkamah berkata saman itu jelas bermatlamat menjadikan Tan bankrap.
"Ramai yang berdoa mengharapkan saman itu ditolak. Adalah baik bahawa mahkamah tidak ditekan atau dipengaruhi oleh pihak tertentu. Kes ini membuktikan bahawa masih terdapat hakim yang baik,” katanya.
"Ramai yang berdoa mengharapkan saman itu ditolak. Adalah baik bahawa mahkamah tidak ditekan atau dipengaruhi oleh pihak tertentu. Kes ini membuktikan bahawa masih terdapat hakim yang baik,” katanya.
Pada 25 Januari lalu, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd menyaman Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Kontroversi' yang didakwa memfitnah mereka.
Dan artikel lanjutan di muka tiga di bawah tajuk 'Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.
Mereka mendakwa artikel itu telah memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di sini adalah untuk faedah kroni.

Larangan guna pembesar suara hukum syarak - mufti
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad pada Isnin berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.
Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.
"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.
"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.
Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.
Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.
"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.
Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.
"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.
Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu. -BERNAMA
Isnin, 15 Ogos 2011
Jais tak jadi jumpa PAS
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Sultan "menasihatkan" JAIS agar tidak bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjaga maklumat siasatan daripada terlepas.
Bagaimanapun, Mahfuz berkata, PAS masih berharap dapat bertemu JAIS selepas jabatan itu menyelesaikan penyiasatannya.
"Kami tetap harap temu, (kita) nak dengar dari pihak JAIS... Kita nak tau apa sebenarnya berlaku, nak jumpa JAIS, gereja (tanya) apa yang berlaku pada hari itu.
Jumaat, 12 Ogos 2011
Ibrahim Ali dijangka kehilangan kerusi Pasir Mas
Pensyarah Universiti Monash, Wong Chin Huat menjangkakan Ibrahim Ali mungkin gagal mempertahankan kerusi Pasir Mas hasil satu kajiselidik lapor malaysiakini hari ini.
Berdasarkan kepada data demografi dan pilihan raya, Wong berhujah Pakatan berpeluang memenangi 100 kerusi di peringkat pusat dalam pilihan raya umum akan datang, dengan BN kehilangan 20 hingga 30 kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis pada 2008.

Jumaat, 5 Ogos 2011
Serbuan gereja: Hassan Ali diperguna Umno?
“Kelihatannya seperti serangan terhadap penganut Kristian tetapi barangkali niat sebenarnya untuk mendapatkan sokongan penganut Islam di Selangor untuk menyetujui tindakan sebegini. Jika penganut Islam Selangor menyokong tindakan kasar ini, maka Najib merasakan ianya wajar meskipun tindakan sebegini yang meniupkan kebencian terhadap agama lain adalah berdosa. Jika para penganut Islam bosan dengan segala tingkah laku gilanya. Ia akan menjadi seperti serampang dua mata yang memakan dirinya sendiri,” jelas pemimpin PAS Hatta Ramli .-( Malaysia Chronicle.)
Ahli Parlimen Shah Alam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS selangor, Khalid Samad menegaskan pandangan Hasan Ali yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor. Itu pandangan peribadi Hassan Ali sebagai Exco yang bertanggungjawab hal ehwal agama.
“Ia lebih daripada sekadar hanya menjadi keterlaluan. Ini adalah permulaan suatu usaha terancang untuk menjadikan orang-orang Melayu terkejut, paranoid dan takut kepada orang-orang Cina, Yahudi dan Kristian. Apa yang Umno mahukan adalah undi orang-orang Melayu dan India. Jadi mereka akan mainkan muslihat kebencian ini, kita tidak pasti sejauh mana mereka akan pergi tetapi saya fikir kita semua mesti bersedia dan berhati-hati,” Naib Presiden PKR Tian Chua.

Khamis, 4 Ogos 2011
SPR main silapmata lagi
Seramai 1,400 undi pos dimasukkan ke dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung, yang kini diwakili oleh exco kerajaan negeri itu, Abdul Malik Kassim dari PKR.
Kebanjiran pengundi itu didedahkan hari ini dalam sidang akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut dihadiri oleh Abdul Malik dan Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman.
Berikutan dakwaan bahawa lebih 1,500 penduduk tetap dibenarkan mendaftar dalam senarai tambahan pemilih terbaru, Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini mendakwa jumlah pengundi di negeri itu telah melonjak dengan mendadak sebanyak 32,000 orang dalam hanya tiga bulan.
Antara 2008 hingga 2010, kerusi majoriti Melayu itu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,200 pengundi.

Lagi penipuan undi Pos terbongkar - pengakuan anggota tentera
"Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.
"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat. Dia ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," kata Nasir Mohamad yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah.
Kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986. Pengakuan seorang bekas tentera dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.

Gerakan singkir PM Najib oleh Umno
"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib disingkir dari perdana menteri.
"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," kata Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Beliau juga mendakwa laporan yang mengaitkan pemimpin PAS dalam pakatan sulit untuk menaikkan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang yang baru - bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim - hanya satu usaha mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno tersebut.

Hinanya MP Bayan baru Zaharin macam sampah - Nik Aziz
"Orang seperti ini saya kira sampah, tempat serangga bersarang,” kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai “sampah” kerana mengaitkan beliau dalam isu pelantikan Ketua Pembangkang yang baru.
Menurutnya, beliau tidak mengenali Zahrain dan begitu juga sebaliknya.
.
Rabu, 3 Ogos 2011
Najib pembohong dan putar belit - Maria Chin
"Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat BERSIH 2.0 untuk berhimpun pada 9 Julai lalu Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dengan nada kesal.
Kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?" kata Maria lagi.
Najib semasa merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (MSLS) Kelima Ahad lalu mendakwa beliau sebenarnya mahu menawarkan Stadium Shah Alam untuk himpunan BERSIH, namun ditolak.“Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan.
"Dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak,” kata Najib.

SPR tipu lagi
Mismah didaftarkan sebagai pengundi di kawasan DUN dimenangi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada pilihan raya umum lalu dan Parlimen Kuala Selangor yang diwakili Dr Dzulkefly Ahmad dari Pas.
Nama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan SPR meskipun memegang status penduduk Tetap (PR). Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan perkara itu.
Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) berstatus PR yang tidak layak mengundi.
Bagaimanapun, nombor sama yang disemak dalam sistem SPR pula mendapati Mismah pengundi baruundang pilihan raya, SPR mengemaskini daftar pemilih dan draf daftar pemilih tambahan setiap tiga bulan.
Nama semua pengundi baru yang berdaftar, pengundi yang bertukar alamat dan pengundi yang dipindahkan dari daftar pemilih akan dikumpulkan pada draf daftar pemilih tambahan.
Sementara itu, dua lagi pengundi dikesan iaitu Basri Buru Alimin (Mykad: 250622715425) dan Soessje Scwanne Jetty Silvana (Mykad: 380424715016) yang didaftar dalam laman pengesahan SPR sebagai pengundi berdaftar di Hulu Langat, tetapi tidak ada rekod dalam laman web JPN.
JPN menyatakan ‘tiada permohonan/nombor dimasukkan tidak sah’ apabila dua nombor itu dimasukkan ke dalam laman berkenaan. Ia menimbulkan persoalan samada dua individu itu adalah warganegara Malaysia.
Manakala seorang lagi pengundi bernama Mohd Fahmi bin Che Yusoff memiliki dua no kad pengenalan yang hampir sama tetapi cuma berbeza pada digit terakhir iaitu 850915105005 dan 8509155006.
‘Kedua-dua’ pengundi itu memiliki nama yang sama dari daerah mengundi Sungai Ramal, dan mendaftar mengundi di kawasan yang sama iaitu di Dun Bangi dan Parlimen Serdang.
Langgan:
Catatan (Atom)