Laman itu yang dinamakan’100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation’ terdapat 202,454 rakyat Malaysia yang menggemari laman berkenaan, sekaligus memberi satu tamparan hebat terhadap kepimpinan Presiden Umno itu.
Menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit untuk menekan butang like (suka) pada satu-satu masa.
Selain itu lebih dari 10 laman peminat yang diwujudkan menyuarakan pendapat seperti ‘Pecat Najib’ dan ’11 milion people request Najib Tun Razak Resignation.
Ia termasuk laman yang mengutuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang diberi nama ’1,000,000 Rakyat Malaysia Tolak Najib Razak & Rosmah Mansor’ dan ’500,000 rakyat Malaysia menyampah dengan Rosmah Mansor’.
Sebaliknya, laman peminat menyokong kepimpinan Najib pula, iaitu “Kami sokong YAB Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak sebagai PM Malaysia” hanya berjaya meraih sokongan sekitar 1,800 peminat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan