Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 17 Jun 2011

Zaid Ibrahim sama spesis macam Ibrahim Ali..


Presiden parti cap ayam KITA, Zaid Ibrahim mempunyai perwatakan yang hodoh sama seperti Ibrahim Ali. Kedua-dua pemimpin yang berasal dari Kelantan ini ada sikap buruk peribadi yang suka mengenakan orang lain dan pentingkan diri sendiri.
TV selangor news melaporkan bagaimana Zaid Ibrahim merupakan seorang yang sangat mengecewakan. Laporan itu juga sebagai dipetik:


Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)  Datuk Zaid Ibrahim membuat kenyataan  fitnah apabila menuduh parti komponen Pakatan Rakyat tidak mempunyai kesungguhan untuk mendaftar sebagai sebuah pertubuhan politik,  kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.

Saifuddin berkata hujah  Zaid kononnya, Ketua Umum PKR dan Penasihat DAP  Lim Kit Siang tidak mahu menyertai jawatakuasa pro-tem Pakatan Rakyat  tidak masuk akal sama sekali dan menyimpang daripada amalan-amalan standard berhubung pendaftaran sesebuah parti.

“ Pada waktu pendaftaran Pakatan Rakyat, ketiga-tiga parti bersetuju untuk melantik Zaid Ibrahim mewakili Pakatan. Mewakili Pakatan maksudnya memasukkan nama dia. Dan seterusnya perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Pendaftar Pertubuhan (ROS) sama ada untuk meluluskan atau menolak,” kata Saifuddin.  

" Hakikatnya adalah, Datuk Seri Anwar, Lim Kit Siang dan Hadi memberikan mandat kepada Datuk Zaid pada waktu itu. Datuk Zaid adalah nama besar. Beliau adalah bekas menteri undang-undang. Pada pertimbangan kita pada waktu itu, beliau adalah pilihan yang terbaik,” tambah beliau.

“ Apabila ROS meluluskan, maka kita boleh gantikan nama-nama itu. Ia perkara biasa dalam mana-mana urusan pendaftaran,” tegas Ahli Parlimen Machang itu.   

Dalam wawancara dengan akhbar New Straits Times,  Zaid hari ini mendakwa beliau terkejut kerana Anwar dan Kit Siang tidak mahu menganggotai jawatankuasa pro-tem Pakatan Rakyat yang mengemukakan permohonan kepada ROS  tahun 2009 untuk menjadi sebuah parti politik seperti Barisan Nasional.

Sehingga sekarang, ROS tidak memberi keputusan bersabit permohonan itu. Zaid meninggalkan Parti Keadilan Rakyat selepas menyerang kepimpinan parti itu bersabit proses pemilihan PKR pada tahun lalu.

Beliau kemudian menubuhkan KITA dan pendaftaran parti itu diluluskan oleh ROS dalam kurang tiga bulan.

Saifuddin berkata dakwaan Zaid bahawa jawatankuasa pro-tem Pakatan Rakyat hanya dianggotai pemimpin “junior” atau rendahan tidak dapat diterima.

" Soal nama itu terdiri daripada pimpinan junior tidak timbul kerana Zaid adalah pemimpin yang cukup hebat,” kata beliau. 

Saifuddin melahirkan rasa kesal dengan tindakan Zaid cuba menyalahkan kepimpinan PR  atas keengganan ROS mendaftar Pakatan Rakyat.     

" Kalau sekiranya sehingga sekarang,  ROS tidak memberikan sebarang jawapan terhadap pendaftaran, Pakatan Rakyat tidak harus dipersalahkan, apa lagi oleh Datuk Zaid Ibrahim sendiri. Dia pun tahu urusan Pakatan ialah mengemukakan permohonan,” tambah Saifuddin .        

" Tidak syak lagi Datuk Zaid berniat jahat apabila beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu apabila beliau sendiri mengetahui kedudukan sebenar berhubung pendaftaran Pakatan yang sepenuhnya terletak pada bidang kuasa ROS. Hal itu tidak sepatutnya dipolitikkan oleh Datuk Zaid kerana beliau telah diberikan amanah pada waktu itu menguruskan pendaftaran,” tegas Saifuddin.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan