Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 19 Mei 2011

Saifudin: Usaha haramkan PKR Aneh..ada tangan ghaib...


Alasan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa KEADILAN melanggar salah satu fasal perlembagaan parti itu adalah aneh kerana ia tidak pernah wujud, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin berkata, dalam surat tunjuk sebab yang dialamatkan kepada Presiden KEADILAN, ROS memberi alasan  parti itu melanggar fasal 32.2.1 Undang-undang berdaftar parti dengan merujuk pemecatan Rajagopal a/l Andaikalam pada 2009.
“Fasal 32.2.1 tidak wujud dalam perlembagaan KEADILAN. Perkara aneh ini, mencerminkan niat jahat dan ‘mala fide’ ROS.  Apakah ROS tidak membuat semakan perlembagaan KEADILAN yang diluluskan oleh mereka sendiri?,” soal Saifuddin ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.
Notis bertarikh 9 Mei 2011 itu ditandatangani Dato’ Abdul Rahman Othman, di bawah Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.
Ia dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung, menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatal selepas 9 Jun melainkan parti itu menyatakan sebab.
Menurut Saifuddin, sekiranya alasan pemecatan ahli tanpa melalui lembaga disipin digunakan, ROS sepatutnya sudah lama mengharamkan Umno.
“Sebelum ini Umno memecat saya tanpa dihadapkan ke lembaga disiplin parti. Mengapa ROS tidak menggunakan alasan yang sama untuk mengharamkan Umno?,” katanya merujuk  pemecatannya pada 20 September 1998 oleh Setiausaha Agung Umno ketika itu.
Tambah beliau, nama Rajagopal seperti yang tertera dalam surat berkenaan juga adalah salah kerana nama sebenarnya Jayagopal a/l Andaikalam.
Saifuddin berkata, Jayagopal dipecat melalui keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada mesyuarat bertarikh 26 April 2009 kerana bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau sebagai calon bebas.
“Fakta ini diketahui umum dan boleh didapati dari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya. Ia tidak boleh dinafikan. Justeru, adalah amat jelas dalam kes ini, penama tidak perlu dirujuk atas apa jua siasatan.
“Mana-mana parti politik tidak akan menerima keadaan di mana seorang anggotanya bertanding menentang parti sendiri,” kata Saifuddin sambil menambah, notis jawapan akan dihantar kepada ROS petang ini.
Sementara itu, Ahli Biro Politik KEAIDILAN, Sivarasa Rasiah berkata perkara pemecatan yang dibangkitkan tidak ada kena mengena dengan ROS memandangkan ia adalah isu dalaman parti.
“Inilah pertama kalinya dalam sejarah, apabila kita dengar isu pemecatan ahli dijadikan alasan untuk membatalkan pendaftaran parti. Saya yakin ada tangan Umno dan Barisan Nasional di belakang tindakan ini.
“Perkara ini cukup remeh dan bodoh yang cuba dilakukan untuk memberikan implikasi serius kepada KEADILAN. Tambahan dalam keadaan kita menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat,” ujar Siva.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan