Selasa, 19 April 2011
melayu tetap mundur
Pas berpendirian bahawa orang Melayu tidak akan maju selagi Umno mengamalkan dasar pilih kasih dan penindasan, kata Ketua Penerangannya, Dr Idris Ahmad.
“PAS yakin jika diberi kepercayaan orang Melayu tanpa unsur pilih kasih dan penindasan, orang Melayu mampu untuk membina kapal selam yang boleh menyelam.
“Tetapi selagi dasar pilih kasih yang dijalankan oleh pemimpin Umno selagi itulah Melayu tidak boleh maju walaupun mempunyai inovasi yang tinggi,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Idris merujuk kejayaan syarikat NGV Tech Sdn Bhd (NGV Tech) yang berjaya meneroka bidang pembuatan kapal hingga menembusi pasaran dunia dan meraih tempahan bernilai RM3 bilion sepanjang lima tahun lalu, tanpa sebarang campurtangan politik.
Malah kata Idris, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir sendiri tidak percaya Melayu mampu membina kapal laut berteknologi tinggi yang kebiasaanya dibina di negara maju,.
“Ini menunjukkan bahawa syarikat yang dimiliki oleh orang Melayu mampu untuk mencipta suatu teknologi yang tinggi jika diberi peluang tanpa campur tangan politik. Selama ini kita tidak pernah dengar syarikat NGV Tech yang hebat dan mampu bersaing dengan syarikat antarabangsa,”
“Kenyataan beliau (Mahathir) menunjukkan inilah mentaliti yang ada kepada pemimpin negara kita sejak dahulu sampai sekarang,” ujarnya.
Menurut Idris, banyak kajian dan penemuan baru yang dibuat di Pusat pengajian tinggi di negara ini, hanya menjadi kajian ilmiah, meskipun penemuan-penemuan baru itu bersifat kontemporari.
“Perkara ini berlaku kerana pemimpin negara ini hanya memandang hebat apa yang datang daripada luar,”
“Sebab itu Datuk Seri Najib sendiri pun mengambil APCO sebagai penasihat walaupun membazir wang rakyat sebanyak RM77 juta setahun. Pada hal khidmat ini boleh didapati di dalam negara ini oleh rakyat kita sendiri tanpa perlu wang negara mengalir keluar,’ ujar beliau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11765
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan