Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 14 Mac 2011

Umno Selangor Nafi Gagal Bayar Bil PBT


Umno Selangor tidak pernah gagal melunaskan bil tuntutan daripada mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak pakatan PKR-DAP-PAS mengambil alih pentadbiran negeri itu pada Mac 2008, kata Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal.
"Setiap pembayaran yang kami buat ada penjelasannya," kata beliau untuk menjelaskan kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin, bahawa kerajaan negeri akan meminta semua PBT negeri itu untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan melakukan tuntutan dalam tempoh dua minggu.
Faekah dilaporkan mendakwa Umno Bahagian Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak lebih setahun lalu.
Ungku Md Salleh dalam satu sidang media di sini pada Ahad juga mencabar Faekah agar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika meragui sumber dana yang diperoleh Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) untuk membiayai penghantaran pulang pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.
Katanya Umno Selangor mempunyai dokumen yang lengkap untuk setiap perbelanjaan yang dilakukan dan beliau tidak takut jika perkara itu disiasat.
"Faekah sepatutnya melapor kepada SPRM jika mempunyai bukti-bukti yang menyebabkan beliau ragu dengan dana yang diberi khas kepada pelajar-pelajar negara ini yang menuntut di Mesir," katanya. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan