Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 7 Mac 2011

Pergolakan Di Mesir: Persamaan, Perbezaan Dengan Malaysia & Kesempatan Politik


APABILA terjadinya kebangkitan rakyat Mesir menentang Hosni Mubarak secara besar-besaran di Mesir, di Malaysia pula kedua-dua belah pihak iaitu parti yang memerintah dan pembangkang pastinya sama ada secara senyap-senyap atau terang-terang membuat perbandingan dan bertanya terdapatkah apa-apa persamaan ataupun perbezaan di antara kedua-dua buah negara.
Soalan pokok yang mahu dicari jawapan: Bolehkah apa yang terjadi di Mesir berlaku di Malaysia?
Secara pandangan mata kasar, beberapa persamaan memang ada.
Pertama, persamaan paling jelas adalah kedua-dua buah negara mempunyai penduduk majoriti beragama Islam. Bagaimanapun kalau berdasarkan laporan media yang tidak sering putus, faktor agama semata-mata bukanlah yang paling penting dalam mencetus kebangkitan rakyat Mesir.
Para penunjuk perasaan terdiri daripada orang Islam dan juga Kristian Koptik. Oleh itu, persamaan dari segi agama ini mungkin boleh dianggap sebagai tidak begitu relevan dalam usaha untuk menjawab soalan pokok yang dinyatakan di atas.
Kedua, tempoh pemerintahan rejim yang menjadi sasaran protes. Di sini ada persamaan dan juga perbezaan. Di Mesir, usia rejim Mubarak telah menjangkau tiga dekad sementara di Malaysia pula tampuk pemerintahan negara telah dipegang selama lebih lima dekad oleh parti yang sama iaitu Barisan Nasional/Perikatan, yakni sejak negara merdeka.
Sekiranya dipandang dari sudut ini, memanglah ada persamaannya. Bagaimanapun, di Malaysia orang yang memegang jawatan ketua eksekutif, iaitu perdana menteri, telah bertukar sebanyak lima kali dan tidak seperti Mubarak di Mesir yang terus menerus memerintah negaranya selama hampir 30 tahun.
Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, baru dua tahun memegang jawatan tersebut. Ini adalah satu perbezaan. Kemarahan dan kemuakan rakyat Mesir dapat ditumpukan kepada keperibadian Mubarak kerana dia telah begitu lama memerintah negara itu dan boleh dianggap punca segala kelemahan dan kesusahan masyarakat Mesir.
Adalah menjadi ‘open question’ ataupun soalan tiada berjawapan buat masa ini sama ada perkara yang sama boleh dikatakan terhadap Najib.
Ketiga, kepincangan masyarakat yang menjadi bahan dan sebab musabab protes. Di dalam hal ini, terdapat banyak persamaan di antara Mesir dan Malaysia.
Korupsi dan penyelewengan kuasa adalah isu yang mendapat perhatian dan menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat, baik di Mesir, baik di negara ini. Dan ia bukanlah perkara baru dalam mencetus kemarahan rakyat. Amalan korupsi memang terdapat di kedua-dua buah negara. Janji pemerintah untuk membasmi korupsi secara serius jika tidak dikotakan pasti akan menambahkan kebencian rakyat. Apatah lagi sekiranya yang mengamal rasuah dan kronisma adalah pemerintah itu sendiri.
Di Mesir, institusi-institusi negara telah disalahgunakan untuk menjadi alat politik bagi memperkuatkan cengkaman kuasa rejim Mubarak. Badan-badan kerajaan seperti polis dan pasukan risikan dan keselamatan dalam negeri digunakan untuk menekan dan menindas mana-mana golongan dan anasir yang berani bersuara menentang rejim. Media massa di bawah kuasa rasmi rejim dan juga swasta dikawal untuk membendung suara dan mesej pihak yang membangkang kerajaan.
Di dalam aspek ini, sudah pasti di Malaysia, ada juga yang akan beranggapan dari segi korupsi tiada bezanya dengan Mesir. Cuma sejauh manakah amalan itu berlaku di Malaysia jika dibandingkan dengan Mesir.
Di Mesir, kadar pengangguran lepasan universiti yang tinggi juga telah dikatakan sebagai salah satu faktor penting dalam memulakan kebangkitan rakyat. Ini adalah kerana anak-anak muda merupakan golongan utama dan awal dalam menganggotai protes jalanan yang telah berlaku. Ekonomi negara itu yang tidak berkembang dengan kadar yang membolehkan peluang pekerjaan bertambah dan mencukupi bagi para lepasan universiti telah menjadi asas bagi ‘unfulfilled expectations’ atau harapan yang tidak dipenuhi di kalangan anak muda lepasan universiti.
Ada pemerhati yang menganggap faktor ini lebih penting dari kemiskinan rakyat dalam mencetus revolusi jalanan di Mesir. ‘Unfulfilled expectations’ di kalangan generasi muda terpelajar ini memberikan kesimpulan kepada mereka bahawa sekiranya perubahan atau reformasi masyarakat hendak dihidupkan, syarat utama yang perlu dipenuhi adalah perubahan rejim atau ‘regime change’.
Adakah mirip-miripnya juga di Malaysia? Pengangguran lepasan universiti memang ada dan kebelakangan ini dikatakan seramai lebih 60,000 siswazah telah tidak mendapat pekerjaan, satu angka yang boleh juga dianggap tinggi. Bagaimanapun, adakah ini satu angka yang sudah mencecah tahap kritikal yang mana ‘unfulfilled expectations’ akan menjadi bahan untuk satu kebangkitan rakyat sama seperti apa yang telah dilihat di Mesir? Setakat ini, tiada tanda-tanda yang mengiyakan.
Selepas berbicara tentang persamaan yang mungkin ada di antara Mesir dan Malaysia, apa pula perbezaan yang dapat dikenalpasti?
Di Mesir, pilihan raya yang telah dijalankan rata-rata dipersoal dan dicurigai kredibilitinya, terutama sekali yang telah diadakan pada November dan Disember 2010. Di dalam pilihan raya itu, Mubarak telah diumumkan mendapat 97% undi sokongan dari para pengundi Mesir, satu keputusan yang tidak dipercayai oleh rakyat Mesir sendiri. Oleh sebab proses pilihan raya dianggap tidak boleh dipakai sebagai mewakili sentimen dan kehendak rakyat, maka pilihan yang tinggal adalah demonstrasi jalanan.
Perkara-perkara seperti undi pos dan daftar pengundi yang kurang kemas serta penguatkuasaan peraturan pilihan raya yang tidak konsisten menjadi asas kritikan bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah kurang adil.
Bagaimanapun, berdasarkan pilihan raya 2008, yang mana parti pemerintah telah kalah di banyak kerusi dan negeri, pilihan raya di Malaysia boleh dikira masih bebas dan mempunyai potensi sebagai cara untuk rakyat menukar kerajaan. Jadi, di dalam aspek ini, perbezaan ini berbanding Mesir mungkin akan mengurangkan kebarangkalian protes jalanan besar-besaran berlaku di Malaysia sebagai salah satu kaedah untuk ‘regime change’.
Sekiranya terjadi atau meletusnya kebangkitan rakyat Malaysia, seperti yang terjadi di Mesir, apa pula faktor yang boleh membawa kepada kejayaan aspirasi rakyat ataupun sebaliknya, yakni kegagalan?
Perkara paling ketara yang dapat diperhatikan sepanjang revolusi yang bermula pada 25 Januari 2011 di Mesir adalah kebijaksanaan dan disiplin golongan penentang rejim Mubarak, terutamanya Ikhwan Muslimin, dalam keengganan mereka untuk menjadi opportunis politik dan menggunakan gerakan protes rakyat tersebut sebagai satu cara atau vehicle untuk merebut kuasa politik.
Ini adalah disebabkan kesedaran dan pegangan di kalangan mereka bahawa perubahan atau reformasi adalah lebih penting dari kuasa atau jawatan politik semata-mata.
Di samping itu mereka sedar bahawa gerakan protes besar-besaran itu telah timbul secara spontan dan dianjur atau disusun oleh golongan muda yang tidak mempunyai apa-apa pertalian kepada mana-mana parti politik. Revolusi yang tercetus itu adalah bagaikan anak kecil yang mesti dibenarkan untuk membesar sendiri. Sekiranya Ikhwan atau mana-mana pertubuhan politik tergesa-gesa atau terlalu gopoh untuk mendakap anak kecil itu dan mendakwa anak kecil itu dia yang punya, sudah pastinya musuh-musuh revolusi akan membunuh anak kecil itu.
Di situlah terletaknya kelebihan parti-parti pembangkang di Mesir. Mereka tidak membenarkan cita-cita peribadi dan keinginan untuk kuasa politik mempengaruhi tindak tanduk mereka. Yang paling penting, reformasi atau revolusi dalam masyarakat mereka mesti terlebih dahulu diberi ruang dan peluang untuk wujud. Sekiranya dunia kagum atas keberanian dan kecekalan rakyat Mesir dalam berdemonstrasi beramai-ramai menumbangkan Mubarak, wajar juga dunia menyanjung kewarasan dan kebijaksanaan pertubuhan pembangkang Mesir dalam menangani pergolakan yang melanda negara mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan