Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 3 Mac 2011

Anwar ibrahim dilaku seperti pengganas


 NONEDatuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penahanan beliau yang dilakukan polis pada 16 Julai 2008 seolah-oleh beliau seorang pengganas antarabangsa, selain diaibkan ketika dalam tahanan.
Memberi keterangan sebagai saksi pertama peguam bela di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, kereta yang dinaikinya pada hari berkenaan, dihentikan empat kereta peronda polis sewaktu dalam perjalanan ke rumahnya di Segambut untuk solat Zuhur.
Beliau berkata, kira-kira 10 ke 15 anggota Unit Tindakan Khas (UTK) lengkap bersenjatakan sub mesingan mengacukan senjata mereka ke arahnya.
“Kami terpaksa berhenti serta-merta,” katanya sambil menjelaskan, beliau berada di bahagian belakang kereta manakala peguam belanya, Sankara Nair di bahagian depan.
“Sankara keluar (kereta) dan seorang anggota menghampiri. Saya diminta terus berada dalam kereta. Seorang anggota kedengaran berkata: Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar.”
“Saya diperlakukan seperti saya ini Botak Chin. Saya ditahan secara paksa seolah-olah saya ini anggota pengganas Al-Qaeda,” kata Anwar.
Menjawab soalan DPP Yusoff sama ada beliau dimaklumkan kesalahan yang didakwa dilakukannya hingga membawa penahanan itu. Anwar berkata, beliau tidak pernah dimaklumkan secara spesifik.
Katanya, beliau juga sukar meneka atas kesalahan apa kerana terlalu banyak ‘tuduhan’ dilempar terhadapnya dalam akhbar tempatan, daripada agen Yahudi sehinggalah kepada pengkhianat negara hanya kerana tidak memakai ‘baju batik’.
Zabidin mahupun hadirin di galeri awam tidak dapat menahan ketawa mereka mendengar jawapan Anwar.
Anwar berkata, sewaktu ditahan beliau hanya diberitahu keperluan memberi keterangan berdasarkan Seksyen 112 Kanun Keseksaan Jenayah.
Anwar diaib
Ini pertama kali  Anwar memberi keterangan dalam kes Fitnah II bagi perbicaraan dalam bicara untuk  menolak bukti yang diperolehi secara tidak sah dan melalui paksaan.
Bukti itu ialah botol mineral ‘Cactus’, tuala muka ‘Good Morning’, serta berus gigi yang semuanya digunakan Anwar sewaktu ditahan secara tidak sah pada hari berkenaan.
Meneruskan keterangannya, Anwar berkata, polis kemudian membawanya ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam dan beliau diminta menanggalkan pakaiannya sehingga memakai cuma singlet dan seluar dalam, sebelum z***r dan d***r  beliau diperiksa dua doktor.
Menceritakan keadaan lokap pula, Anwar berkata, tandas tempat beliau ditahan terlalu kotor dan lantai simen lokap juga terlalu sejuk untuk seseorang yang sakit belakang seperti beliau.
Polis macam robot
Anwar dibawa anggota UTK yang bertopeng dan lengkap bersenjata api
Saksi kedua, Sankara Nair dalam keterangannya pula menyifatkan polis yang menahan Anwar, bertindak tidak ubah seperti robot.
Beliau berkata demikian ketika  ditanya DPP, Yusoff Zainal Abiden yang mencadangkan bahawa pegawai polis yang mengetuai penahanan Anwar pada hari berkenaan, tidak banyak bercakap dan menjalankan tugasnya sahaja.
Sankara berkata beliau tidak banyak bercakap tetapi menganggap polis bercakap seperti robot kerana mereka mengulangi jawapan sama apabila ditanya alasan penahanan Anwar.
“Dia robotik,” kata Sankara.
“Beliau hanya menjawab ‘arahan’, dan saya mesti bawa Datuk Seri Anwar ke IPKKL dengan kenderaan saya’ berulang kali,” kata Sankara.
Sankara yang juga peguam Anwar, hari ini bertindak sebagai saksi kedua peguambela dalam bicara mini untuk menolak bukti yang diambil secara tidak sah dari Anwar sewaktu beliau ditahan secara haram pada 16 Julai 2008.
Esok,  Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah akan dipanggil sebagai saksi ketiga peguam bela.
Pendakwa raya pula dijangka memanggil dua saksi di pihak mereka esok termasuk  pegawai penyiasat DSP Jude Pereira akan memberi keterangan bagi pihak pendakwa esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan