Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dilema ini bukan disebabkan orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis.
"Kita jadi serba salah, kalau diam diri maka pendapat yang dikeluarkan mungkin akan diterima, kalau kita jawab mungkin akan dituduh rasis, saya bukan rasis saya cuma sebut benda yang benar, bila sebut bangsa kita maka kita akui bangsa itu, kita patut bermegah kita adalah orang Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Simposium Dilema Melayu “Perspektif dan Konklusi” anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Tun Mahathir berkata, sifat mudah mengalah itu sebenarnya akan merugikan orang Melayu dan sekiranya mereka terus berpegang dengan nilai hidup sebegini, lama-kelamaan kedudukan orang Melayu di negara ini akan terhakis.
"Ini boleh berlaku kerana orang Melayu begitu ghairah dengan majoriti yang ada pada mereka sehinggakan nak jadi Perdana Menteri, nak pergi Putrajaya, kalau hendak pergi sangat, pergilah," kata beliau.
Beliau berkata, orang Melayu kini sanggup menggadai apa saja yang mereka ada untuk mendapatkan kuasa dan memecah belahkan orang Melayu sehingga menjadi lemah.
Mengulas ketuanan Melayu yang sering disebutkan mutakhir ini, katanya, orang Melayu perlu berusaha, mempunyai sumber kewangan yang halal dan cukup sekiranya mahu mengekalkan konsep tersebut.
"Kalau nak jadi tuan kena lengkapkan diri dengan ilmu dan kecekapan, apakah dapat jadi tuan sedangkan orang lain suruh kita buat kerja yang bukan kerja tuan, kalau nak majukan diri, mesti tolak nilai hidup yang tidak sesuai dengan kemajuan pada masa kini," katanya.
Tun Mahathir juga mengingatkan orang Melayu supaya tidak terlalu taksub untuk menambah pendapatan walaupun negara kini berhasrat untuk mencapai negara berpendapatan tinggi kerana ia boleh mendorong kepada perbuatan rasuah.
"Kita perlu teruskan perjuangan untuk beri tempat yang mulia, ataupun takut dituduh sebagai rasis dan berdiam diri, biarkan orang lain menidakkan hak kita di Semenanjung Tanah Melayu," katanya.
Beliau berkata, sekiranya dilema Melayu hendak diselesaikan, orang Melayu perlu memikirkan sifat-sifat yang ada pada diri mereka dengan membuang segala sikap buruk dan menambah sikap yang lebih baik yang tiada dalam diri orang Melayu itu sendiri. - BERNAMA
nota melayu:
Sesuatu yang semua orang kena sedar...
hari-hari Mahathir akan keluar kenyataan....
hari-hari mahathir akan buat isu......
hari-hari mahathir akan buat bising....
hari-hari mahathir akan kata dirinya hebat tak pernah buat salah...
hari-hari mahathir akan jadi pejuang melayu.....
hari-hari mahathir akan jadi pejuang islam.....
hari-hari mahathir...mahathir....maha..thir...mahadir.....
mahathir tiada akan sudah....
mahathir tiada akan berhenti selagi tidak berhenti..
mahathir...mahathir...mahathir......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan