Apabila melihat rakyat Mesir bangun untuk menjatuhkan kerajaan mereka, maka TUlang Besi merasa begitu terharu dan bersyukur kepada Allah SWT. Buat pertama kali, rakyat Mesir mempunyai peluang untuk membina masa depan yang lebih baik bagi masa depan anak cucu mereka.
Di bawah pemerintahan regim Mubarak, hanya kroni dan anak beranak Mubarak yang diizinkan kaya. Segala kekayaan Mesir di kaut oleh segelintir yang rapat dengan beliau. Bayangkan, beberapa CEO boleh dilantik dan duduk dalam Kabinet Mubarak. Pada waktu yang sama, mereka masih menjalankan perniagaan-perniagaan mereka.
Perkara yang sama juga berlaku di Malaysia. Dalam kes pemberian kontrak Lebuhraya Utara Selatan, konsessi tersebut diberikan kepada UEM yang dipunyai oleh Hatibudi Sdn Berhad. Pada masa yang sama, 4 anggota Kabinet Malaysia duduk sebagai Pemegang Amanah kepada Hatibudi Sdn Bhd. Mereka adalah: Dr Mahathir Muhammad, Sanusi Junid, Daim Zainuddin dan Ghaffar Baba.
Rupanya, rakyat Malaysia dipaksa bayar tol untuk menyelamatkan bangunan UMNO dari dilelong Bank Bumiputra. (Untuk membaca penerangan lebih detail, sila klik di sini)
Berbalik kepada Mesir, setelah sekian lama rakyat Mesir dihina, diperbodohkan, ditindas, disiksa dan ditipu, akhirnya rakyat Mesir bangun dan menuntu hak mereka serta mahu mengambil kembali kekayaan Mesir dari tangan kroni dan anak beranak Mubarak.
Kebangkitan ini menunjukkan zaman pemerintahan diktator ke atas umat Islam seluruh dunia menuju zaman akhir mereka. Para diktator ini diletak oleh penjajah sewaktu mereka meninggalkan negara umat Islam. TUjuan diletakkan diktator-diktator ini adalah untuk memastikan umat Islam tidak kembali kepada ajaran Islam yang syumul serta sentiasa lemah dan tidak mampu bangun sebagai kuasa dunia.
Misalnya Mubarak yang zalim ini, bukan setakat mendapat sokong padu dari negara Barat, tetapi mendapat sokongan padu dari Israel. Setakat ini, hanya Israel yang memberikan sokongan kepada Mubarak secara terbuka. Malahan, penulis-penulis Israel sekarang ini mengkritik Amerika kerana tidak mahu berusaha meneruskan pemerintahan Mubarak.
Ada khabar angin yang menyatakan Mubarak mungkin akan melarikan diri ke Israel. Juga, ada khabar angin mengatakan Mubarak sudah pun berada di Sharmul Sheikh kerana Sharmul Sheikh ini berada di sempadan Mesir-Israel. Mudah bagi beliau untuk melarikan diri ke Israel.
Para diktator di negara Umat Islam ini adalah hamba kepada musuh-musuah Islam. Mereka berfungsi memastikan umat Islam senantiasa lemah dan terjajah serta mengikut telunjuk Amerika dan Israel.
Para nasionalis ini adalah "munafiqeen" yang sentiasa berusaha melemahkan Islam dan umat Islam. Di hadapan kita mereka berkokok konnya mereka berjuang Islam. Tapi hakikatnya mereka adalah pengkhianat Islam nombor wahid.
Misalnya di Malaysia, UMNO ke sana ke mari berkokok memperjuangkan Islam. PAdahal, mereka yang keluarkan lesen judi bola. Dr. Mahathir yang telah isytihar Malaysia sebagai negara Islam itu telah memberikan lesen judi bola kepada Vinsetan beberapa bulan selepas membuat pengisytiharan tersebut.
UMNO juga bertanggungjawab menjual tanah rezab surau di Rawang seluas hampir satu ekar itu kepada tauke dalam keadaan UMNO mendakwa memperjuangkan hak Melayu dan ISlam.
Di Palestin pula, nasionalis Palestin telah menjual dan menggadai banyak tanah umat Islam kepada Palestin.(Baca di sini)
Pokoknya, para nasionalis ini adalah hamba kepada penjajah dan mereka tidak boleh dipercayai serta lidah bercabang.
Kalau Melayu hendak bangun dan maju, wajiblah umat Melayu mencampak UMNO ke Laut Cina Selatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan