Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin pula berkata:

“Rakyat sebenarnya tidak peduli dengan sandiwara politik ini. Bagi rakyat, apa yang lebih penting ialah tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang mengamalkan rasuah dan sejauh mana kesungguhan parti itu menangani masalah rasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selama 50 tahun, pemimpin-pemimpin Umno bukan saja mengamalkan rasuah malah gagal mentadbir Selangor secara bijak, cuai dan tidak telus.
“Puluhan projek pembangunan yang diluluskan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Akibatnya ia hanya menguntungkan syarikat kroni dan projek pula terbengkalai begitu sahaja. Ribuan pembeli rumah di projek Bukit Botak tertipu dan ramai pula menjadi bankrap.
“Projek Alam Perdana yang melibatkan hartanah seluas lebih 7,000 ekar juga terbengkalai; puluhan ribu pembeli rumah menggigit jari sehingga ke hari ini.
“Hutang Talam sebanyak RM391 juta adalah satu lagi contoh nyata kegagalan pentadbiran Umno-BN. Ribuan ekar tanah telah diagih-agih sesama mereka, baik dalam bentuk pembangunan mahupun sebagai peneroka felda hatta Projek Revolusi Hijau,”
kesalahan Dr Khir bukan semudah yang digambarkan kerana selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kesnya juga membabitkan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
“Siasatan perlu dilakukan samada cukai hartanah dikenakan mengikut nilai sebenar lot tanah tersebut memandangkan Dr Khir dengan sengaja memberikan taksiran palsu bagi mengelak dari membayar cukai. Begitu juga dengan bayaran duti setem,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa siasatan terperinci dilakukanm kerana perbuatan mengelak dari membayar cukai dengan melakukan 'under declare' adalah satu kesalahan yang serius.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan