Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 17 Julai 2010

PATI (Pendatang tanpaizin) bakal diiktiraf sah

BERITA

Kerajaan Timbang Kemungkinan
Jadikan PATI Tenaga Kerja Sah
CYBERJAYA: Kerajaan akan menimbangkan kemungkinan untuk
menjadikan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini sebagai
kerja yang sah bagi menangani permintaan yang tinggi daripada
golongan majikan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata ia
merupakan sebahagian daripada 51 cadangan yang dikemukakan
semasa sesi perbincangan bersama makmal kementeriannya tiga
bulan lepas.
"Kementerian berdepan dengan dua masalah utama dalam
menangani masalah kemasukan pendatang asing di negara ini
iaitu pekerja asing secara haram dan permintaan untuk pekerja
asing yang masih tinggi daripada golongan majikan.
"Kerana permintaan yang masih tinggi, kemasukan pendatang asing
berlaku secara berterusan dan kami sedang mencari mekanisme yang
sesuai untuk menanganiperkara ini dengan efektif," katanya kepada
pemberita selepas melancarkan Akademi Kreativiti dan Inovatif Universiti
Teknologi Kreatif Lim Kok Wing di sini Jumaat.
Jumlah pekerja asing 'haram' di negara ini katanya, masih tinggi,
 justeru menyukarkan kementerian untuk menangani perkara ini
 pada kadar segera.
Difahamkan, terdapat hampir dua juta PATI berada di Malaysia
 ketika ini termasuk yang bekerja di pelbagai sektor walaupun
tanpa permit yang sah.
Dalam perkembangan berkaitan, Subramaniam berkata, struktur bayaran
 yang dikenakan oleh ejen pembantu rumah di Indonesia dan Malaysia
 masih berbeza menyebabkan timbul konflik untuk rakyat negara ini
mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia.
Untuk mengatasi masalah itu, katanya, pembantu rumah
warga Kemboja, SelatanThailand, Filipina dan Myanmar telah
dikenal pasti sebagai punca tenaga yangbaru untuk pilihan rakyat
Malaysia menggaji pembantu rumah. - BERNAMA


Bila cakap dah tak serupa bikin....
bila kapitalis menguasai pemerintah
tekanan menjadi arahan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan