Isnin, 26 Julai 2010
Hassan Ali dan Harusani keduanya mencurigakan
Datuk Hassan Ali telah tampil mengakui beliaulah orang yang dimaksudkan oleh Mufti Perak
Tan Sri Harussani sebagai pemimpin PAS yang bertemu untuk membincangkan perpaduan melayu.
SHAH ALAM, 24 Julai: Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (gambar) mengesahkan beliau ada bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dua bulan lalu tetapi bukan ada agenda sulit. (dipetik dari Harakahdaily.net)
"Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;
"Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu," kata Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.
------------------------------------------------------------------------
(Dipetik dari blog MalaysiaWaves-Tulang besi)
Berkenaan Dato Hasan Ali, ada beberapa persoalan berkaitan kenyataan beliau:
1.0 Kalau pertemuan tersebut adalah pertemuan rasmi, mengapa bawa Suwardi Yaakob bersama-sama? Apa jawatan Suwardi dalam kerajaan Selangor? Suwardi tu bukan orang Selangor pun?
2.0 Mengapa berjumpa di salah sebuah apartment di tengah2 kotaraya? Mengapa tak boleh jumpa di Bangunan SUK di Selangor? Ataupun di bangunan SUK Perak?
3.0 Apa urusan Exco Agama Selangor hendak berjumpa dengan Mufti? Mengapa tidak hanya Mufti Selangor bertemu Mufti Perak?
-----------------------------------------------------------
Harussani sahkan temu Hasan bincang isu perpaduan Melayu (Sinar Harian 26/7/2010)
SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengesahkan pernah mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bagi membincangkan isu perpaduan orang Melayu.
Beliau turut menegaskan, Hasan adalah satu-satunya pemimpin Pas yang pernah berjumpa dengannya namun pertemuan itu langsung tidak menyentuh mengenai kerjasama politik UMNO dan Pas.
“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama politik UMNO dan Pas tetapi berbincang tentang perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.
“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan dalam kalangan orang Melayu, itu sahaja,” katanya.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan semalam yang mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan beliau dua bulan lalu, tetapi menafikan mereka membincangkan soal kerjasama politik UMNO dan Pas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan