Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 3 Julai 2010

Anwar: KJ tukang salak umno


 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hanya sebagai tukang 'salak' Umno. 
Anwar juga menambah tindakan Ketua Pemuda itu hanya ingin menarik perhatian pemimpin atasan sahaja.
"Kita pun tidak tahu apa tujuan beliau sebenarnya, sekarang kita lihat beliau menyalak dengan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali," jelasnya.
Anwar yang diminta mengulas tentang kenyataan Khairy pagi tadi berkenaan dengan beliau meminta maaf dengan pemimpin Yahudi semasa di Washington, beliau menjelaskan sepatutnya Khairy tanyakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak siapa yang bayar yuran pengurusan komunikasi bernilai USD22 juta kepada syarikat yang ada kaitan dengan Israel.
"Bukankah kerajaan Umno dan Najib yang bayar. Perkara pokoknya isu Apco.
"Umno juga menggunakan Apco untuk menyerang saya di luar negara, selama ini saya dituduh sebagai agen Yahudi tetapi Umno menggunakan wang rakyat dan diberikan kepada Israel," katanya lagi.
Anwar yang juga memberitahu laporan di dalam Utusan Malaysia adalah satu penipuan besar kerana kenyataan yang dikeluarkan berkenaan dengan dunia sudah hilang kesabaran terhadap Israel tidak dijadikan tajuk utama tetapi menggunakan tajuk yang menyeleweng.
"Tajuk di dalam Utusan Malaysia hari ini jelas penipuan kenapa mereka tidak meletakkan kenyataan bila dunia sudah hilang kesabaran dengan Israel, inilah kerja Apco yang menjadi penasihat tidak berguna kepada Kerajaan. Bayar RM70 juta maka semua itu tidak boleh disebut.
"Jadi atas alasan yang sama TV3 dan RTM tidak akan mengeluarkan kenyataan tersebut. Jadi apa isunya? Pendirian saya tentang Palestin tidak pernah berubah malah saya mengecam dasar yang digunakan Israel.
"Walaupun saya berkawan dengan semua tetapi saya tidak bayar beberapa tokoh Israel untuk mempertahankan saya, Umno lain mereka bayar kerana untuk mendapat pembelaan dari puak-puak Israel. Begitu juga lesen judi, saya tidak pernah luluskan lesen tetapi Umno meluluskanya. Jelaskanlah,? soal Anwar.
Ketua Pembangkang itu memberitahu beliau ke sana kerana diundang oleh Woodrow Wilson Centre untuk satu ucapan dan sudah tentu mesyuarat diadakan bersama dengan kakitangan editor dan juga media antarabangsa.
"Kebanyakan dari mereka dari Amerika dan Yahudi mengatakan tidak adil bila menuduh Israel kejam kerana Zionis mempunyai negara yang adil dan sah. Saya nyatakan itu pendapat mereka tetapi pendapat saya jelas rejim Zionis Israel adalah penjajah dan zalim," tegas Anwar>(sumber SK)



Perkasa Mahu KDN Siasat Dakwaan Penyelewengan Khairy Di bawah Pentadbiran Abdullah

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mahu Kementerian Dalam Negeri menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen, Khairy Jamaluddin semasa pentadbiran ayah mertunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Ibrahim berkata demikian ketika ditanya Suara Keadilan mengenai gesaan Khairy supaya KDN mengambil tindakan ke atas terbitan sulung pertubuhan itu, Suara Perkasa bertajuk 'Tahan Ka Siong bawah ISA'.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy banyak melakukan penyelewengan semasa Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. 
"Kenyataan-kenyataan seumpama ini melambak dalam Suara Keadilan, Harakah, Siasah semuanya ada. Kenapa dia tak suruh KDN pergi siasat? 
"Cuma saya nak cadangkan Kementerian Dalam Negeri siasat Khairy sebab masa bapa mertua dia jadi Perdana Menteri, banyak hal lagi dia buat dulu, saya tak nak dedahkan sekarang, cuma eloklah Kementerian Dalam Negeri pergi siasat," katanya. 
Sebelum ini Khairy menafikan berlaku pergeseran di antara beliau dengan Ibrahim sebaliknya menganggap apa yang didakwa berlaku antara mereka berdua hanyalah tidak mempunyai ideologi yang sama.   
"Semalam ketika saya bertembung dengan beliau (Ibrahim) di sini (Parlimen), macam-macam yang dikatakan pada saya. Tetapi saya tak ada masalah. 
"Saya masih meneruskan dengan pendirian saya dan beliau tetap dengan pendiriannya. Kami mempunyai prinsip ideologi yang berbeza," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam. 
Persengketaan ini turut mendapat perhatian Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim yang meminta dua seteru ini berdamai demi kebaikan orang Melayu dan tidak perlu membazir tenaga dengan perkara remeh yang tiada kesudahannya. 
Menurut laporan media, Shahidan dilaporkan sebagai berkata turut menuntut Khairy dan juga Ibrahim agar tidak meneruskan pergeseran dan perang mulut yang berlarutan mengenai isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 
Bagaimanapun, persengketaan itu juga dilihat telah menggugat imej pimpinan tertinggi kerajaan Umno-Barisan Nasional.  
"Kita semua termasuk mereka berdua mempunyai matlamat perjuangan yang sama dan amat malang dan merugikan jika kita bergaduh sesama sendiri. Musuh kita akan bersorak dan bertepuk tangan melihat keadaan itu," lapor Shahidan lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan