Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 8 Jun 2010

AZMIN :umno - BN hipokrit 77 juta bayar kepada Apco


"Kerajaan Umno-BN bertindak menyokong tindakan Amerika Syarikat membekukan jualan petroleum ke Iran atas alasan Iran cuba membangunkan senjata nuklear tetapi kenapa Umno-BN berdiam diri sahaja, tidak menentang tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel yang juga membangunkan senjata nuklear? Ini hipokrasi.
"Hipokrasi memang biasa dalam Umno-BN, sebagai contoh apabila Hamas menang, Israel tidak mengiktiraf kemenangan Hamas, Amerika juga tidak mengiktiraf dan kerajaan Umno-BN yang suka mengangguk kepada Amerika Syarikat, juga tidak mengiktiraf kerajaan Hamas," tegas beliau lagi.
Tambah Azmin, Umno-BN membuat tentangan terhadap Israel secara luaran sahaja tetapi membuat perjanjian dengan mereka secara senyap.
Ini dilihat dengan jelas melalui perlantikan Apco Worldwide sebagai penasihat komunikasi kerajaan, yang diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan Israel.
"Kalau kerajaan Umno-BN boleh membayar RM77 juta kepada Apco, maka sudah tiada gunanya usul ini. Umno-BN sanggup bayar berjuta-juta, tetapi tidak sanggup berkorban demi rakyat.
"Lebih baik wang ini diberikan kepada Hamas sebagai bukti sokongan kita kepada Palestin daripada menyokong rejim Zionis Israel dengan cara ini. Jika betullah Umno-Bn ikhlas dalam usul ini, hentikan kontrak Apco dan buat kenyataan yang keras terhadap Amerika Syarikat," cabar Azmin lagi.
(Sumber SK)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan