Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 30 Jun 2010

Zaharin Hashim: Zaid dan PRK ada hubungan

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa beliau mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa blogger Raja Petra Kamarudin dan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menginap di hotel yang sama ketika berada di United Kingdom, tahun lalu.


"Saya mempunyai dokumen tempahan hotel mereka. Raja Petra membuat tempahan dari 1hingga 4 Oktober di Britannia Hotel di Manchester dan Zaid membuat tempahan di hotel yang sama dari 1 hingga 3 Oktober,” katanya kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Zahrain juga mendakwa beliau mempunyai salinan email dari Raja Petra kepada anak perempuannya yang menyatakan bahawa beliau menerima RM470,000 daripada Amarjit Singh.

Zahrain berkata, oleh kerana Amarjit adalah peguam bagi kedua-dua Raja Petra dan PKR, wang berkenaan mungkin datang dari bekas partinya itu.


INI PULA KOMEN ZAID


Zaid: Jumpa Raja Petra tak salah
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membidas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester pada tahun lalu dan menjadikannya isu di Dewan Rakyat hari ini.



Dengan sinis, Zaid berkata sebagai wakil rakyat, Zahrain sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan.



“Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan,” kata Zaid dalam blognya.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zahrain kini sudah semacam menjadi wakil kepada polis perisikan yang membuat pendedahan yang beliau menginap di hotel yang sama dengan Raja Petra.
“Dia kata SPRM kena siasat petemuan ini. Inilah kerja wakil rakyat pro-BN kita hari ini. Tak ada perkara lain nak ditimbulkan. Kalau dia tanya saya, saya akan beritahu lebih dari itu.

“Jumpa Raja Petra tidak salah...Raja Petra dan isterinya, Marina kawan saya. Saya tak tinggalkan kawan semata-mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford, dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia. 

“Itulah sedikit hiburan baginya yang terpaksa meninggalkan tanah air kerana menuntut kebenaran. Perjuagan seperti Petra mungkin YB Bayan Baru kita itu tak mengerti atau faham,” kata Zaid.

Beliau juga mengakui bahawa Raja Petra membuat tempahan di hotel Britannia bagi pihaknya tetapi menafikan penulis blog itu turut menginap di situ kerana rumahnya hanya terletak 15 minit perjalanan dari hotel berkenaan.

“Hotel yang saya menginap itu pun tiga star, tak lah seperti hotel Zahrain guna semasa ke Washington. Maklumlah saya bayar sendiri,” katanya merujuk kepada seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC yang dihadir Zahrain selepas berpaling tadah daripada PKR.

Seminar itu anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) dan dihadiri oleh pegawai kerajaan Amerika, aktivis, diplomat dan rakyat Malaysia di sana.

Menurut Zaid, beliau akan kota London lagi minggu depan dan besar berkemungkinan akan dengan Raja Petra dan isterinya lagi.

“Saya akan bekalkan butir lanjut jika YB Zahrain atau SPRM mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau SPRM tidak mahu bertemu dengannya,” katanya.(malaysiakini.com)

PERKASA TERBIT AKHBAR

Suara Perkasa, hasrat NGO Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)  itu untuk memilik akhbar sendiri menjadi kenyataan apabila akhbar yang memfokuskan suara NGO Melayu itu akan berada dalam pasaran mulai esok.


Buat permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak.

AWAS! patuhi syarat penerbitan- KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati bahawa terdapat beberapa akhbar harian dan tabloid yang tidak mematuhi syarat permit, garis panduan penerbitan yang ditetapkan atau peruntukan yang terdapat di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.



"Mengikut Seksyen 7 (1), AMCP 1984, apa-apa hasil penerbitan tidak boleh mengandungi perkara-perkara yang memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara," kata Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab. Samad 
Apa-apa hasil penerbitan juga dilarang menyiarkan berita tidak benar dan jika ini dilanggar maka ia bertentangan dengan Seksyen 8A AMCP 1984, katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Zaitun berkata surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada penerbitan Suara Keadilan pada 28 Jun 2010 kerana telah menyiarkan berita yang menggemparkan fikiran orang ramai dan ini telah melanggar Seksyen 7 (1), AMCP 1984.
Menurutnya berdasarkan pemerhatian, didapati beberapa penerbitan tabloid juga telah melanggar syarat-syarat permit khasnya bagi syarat-syarat berikut:
* Lapan salinan tiap-tiap keluaran dan edisi akhbar hendaklah dihantar kepada kementerian sebaik sahaja ia dicetak.
* Selain itu, format akhbar hendaklah mematuhi contoh yang telah diserahkan bersama dengan permohonan bagi permit ini.
* Akhbar itu hendaklah tidak menerbitkan apa-apa bahan, fotograf, artikel atau perkara lain yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, perhubungan dengan negara atau kerajaan asing, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.
"Akhbar itu hendaklah tidak dengan apa-apa cara salah nyata fakta-fakta berhubungan dengan kejadian-kejadian ketenteraman awam dan keselamatan yang berlaku di Malaysia," katanya.
Bagi penerbitan surat berita parti politik, syarat-syarat berikut juga hendaklah dipatuhi iaitu pengedaran hendaklah dihadkan kepada anggota parti sahaja dan pengedaran dan penjualan hanya dibenarkan kepada anggota parti di pejabat urusan dan markas parti sahaja. - BERNAMA

Selasa, 29 Jun 2010

Umno kecemasan

1:40 PENGUNDI MELAYU
 Nisbah 1 pengundi Melayu bersamaan 40 pengundi bukan Melayu. Kajian ini dijalankan oleh biro keahlian pemuda umno.

Kenyataan tersebut tidaklah dapat disahkan kebenarannya. Persoalannya lebih kepada untuk menarik bangsa Melayu agar memberi sokongan kepada parti Melayu iaitu Umno.

Jikapun ia benar bermakna kesusutan sokongan orang Melayu kepada Umno. Umno cemas dengan situasi ini.
Diandaikan juga bangsa melayu kehilangan minat untuk melibatkan diri dalam kancah politik yang dikuasai umno.

Suruhanjaya pilihanraya gagal dalam pendaftaran pemilih.

 Melayu: Politik songkok tinggi.





ulama ditipu atau penipu, umno pedaya atau terpedaya

Portal Harakah .net mendedahkan ulama Hosni dan tiga rakannya diperdaya dengan program kemasukan ulama muda ke Umno.Tanpa kerelaannya Hosni berkata mereka tidak mendapat penjelasan pengumpulan ulama muda yang akhirnya bergambar bersama PM sebagai upacara penyerahan 40 orang ulama masuk umno.

Dalam laman web portal  malaysiakini.com pula kenyataan oleh seorang pengasas program tersebut sebagai berkata:

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - antara 40 ahli agama yang menyertai parti itu - menafikan terdapat antara mereka yang 'diperdaya' bagi menghadiri majlis serahan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.


Menurut Fathul, pihak mereka, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengelola majlis itu tidak pernah mengundang Hosni Mubarak Abdul Hamid bagi tujuan itu.

"Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami," katanya mengulas laporan
Harakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno.



Jika ulama Hosni Mobarak sebagai tidak diundang dan tak tersenarai bagaimana  tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani)?


Ditanya tentang dakwaan  bahawa seorang lagi ulama Wahab Abdullah yang mendakwa turut 'diperangkap', Fahtul bagaimanapun tidak tahu tentang status perkara itu.

"Yang ini saya kena semak dahulu," kata Fathul, ulama lulusan pengajian hadis daripada Jordan dan Madinah.



Maknanya beberapa ulama telah mengaku diperdaya....jika empat orang...sebagai sudah cukup saksi.


Apakah ulama-ulama ini tergolong sebagai ulama munafik?...


Apakah mereka spesis ulama Harussani Zakaria?


Alamak.....ulama sekarang.....


Modal shahidan kassim sekarang dr Asri...


kerusi MB Perlis?.........


Modal keagamaan adalah yang terbaik untuk mempengaruhi....

Isnin, 28 Jun 2010

Ibrahim Ali tak puas hati

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Tok Braghim Ali terus-terusan berkeras kepala dan bengkeng terhadap ketua anak muda Umno Khairy Jamaluddin.

Saling berbalaas kenyataan mencerca dan mengutuk menggambarkan pemimpin yang berada pada tahap bawah rendah akal. Khairy mengolah gelarannya kepada Ibrahim Ali sebagai gedebe politik dari jaguh kampung.

Ibraghim Ali pintas menerima gelaran tersebut dengan kebanggaan menafsirkan bahawa beliau seorang berani dan pejuang bangsa kononnya. Sebaliknya menempelak Khairy menjual bangsa sendiri.

Berlanjutan pada hari ini Ibrahim Ali memberikan gelaran 'cacamerba'  terhadap tokoh anak muda Umno Khairy Jamaluddin.

Menurut portal  Mstar online, Ibrahim Ali menyatakan demikian melalui khidmat pesanan ringkas sms kepada media tersebut hari ini.

Nyatanya Ibrahim Ali cuba mencuri perhatian dan populariti  asas tapak demi menghadapi pilihanraya akan datang.
Belum ada ketentuan lambang parti yang akan memayunginya nanti sedangkan status bebas tidak menjamin keselesaan.

Khairy harus terus berkokok dan bersabung demi masa depan politiknya yang kian pudar dan semakin suam.

Dua orang perwira melayu ini berjuang tanpa senjata  yang membingungkan pengarak dan pengompang melayu.

panas! ulama masuk umno terpedaya

Berita panas ini dipetik dari laman web tukar-tiub

TERKINI - PEMECAH BERITA - KASSIM BABA KANTOI




INI USTAZ MOBARAK




INI CERITA DARI GUA BATU KASSIM BABA


Terkejut sungguh aku. Tak sangka dalam 40 orang Ulama muda yang dicanang UMNO menyertai mrk baru2 ini rupanya dipermainkan oleh UMNO. Komen Ustaz Mobarak , salah seorang yang dikatakan memasuki UMNO :

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak? Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.

( e-mail dari ustaz mobarak)

Siapa ulama masuk umno?

Alamak!...berita ini menyinggung rasa apabila parti Umno dikatakan menerima kemasukan ulama.
Ulama ini dari mana dan siapa...
rupanaya ramai ulama kat Malaysia ni...
ulama yang masuk umno sahaja diiktiraf sebagai ulama
yang tak masuk umno tidak disebut ulama
dalam Pas berlambak ulama yang tidak dinamakan ulama
kenapa umno tidak mengisytiharkan nama-nama ulama itu?
atau hanya kerana mereka belajar agama diluar negara layak dipanggil ulama?
ulama yang sedia ada dalam umno pun tidak berupa ulama
Gembar-gembur ini hanyalah sandiwara jenaka.....
maknanya umno tidak begitu islamik..hanya disertai segelintir kecil ulamak yang diiktiraf umno sahaja
atau ulama ini didikan umno
jika diperbandingkan dengan pas yang tiada terkira ramainya  jumlah bertaraf ulama didalamnya..
cuma dalam Pas saf kepimpinan sahaja yang masyhur dengan title ulama.
tidaklah menghairan akan hal tersebut
dan bukanlah fonomena yang pelik dan menghairahkan
nampaknya umno berseronok dengan  cerekarama mereka.....

Khairy Jamaludin naik angin lagi. Ibrahim Ali bangga jadi jaguh kampung


 Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap Presiden Pergerakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali sebagai `gedebe politik’ ekoran pendirian pemimpin itu mengecamnya dalam isu biasiswa.

Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.
Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata, sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.
“Dia (Ibrahim) tidak sopan dan suka cari gaduh dengan orang lain. Sekiranya kita tidak jauhkan diri daripada Ibrahim, Barisan Nasional (BN) akan terkena tempiasnya,” katanya.
Semalam, Ibrahim sekali lagi mempertikaikan kepimpinan Khairy dengan berkata, beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Wee.
“Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung... sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang ‘asli’.
“Sebab itu, saya boleh menghayati perjuangan nenek-moyang dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah,” kata Ibrahim dalam respons balas kepada kenyataan Khairy kelmarin, yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung kerana mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau.
“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.
Ibrahim mendakwa orang Melayu berharap hanya Mara yang dapat membantu mereka dalam meningkatkan taraf hidup mereka.
“Orang kampung hanya mengharapkan pada Mara... sebab itu saya bangga menjadi jaguh kampung,” kata beliau lagi.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana “beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.”
Ibrahim menggesa Khairy meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.
(Sumber MI)
Kisahnya kedua-dua ini adalah jaguh kampung yang tak laku satu sen pun...
maka berkokoklah dan bersabung...
apa yang disabung tiadalah apa bendanya
apa yang dikokok hanyalah menyuarakan kejantanannya.....
malangnya berak merata-rata kerana berkokok tanpa henti
tiadalah pulak ayam betina yang peduli ....
hanyalah jantan tua yang tiada taji....
kah...kah..kah..kah...


Jumaat, 25 Jun 2010

khairy J: Ibrahim Ali dah hampir habis..

"Dia (Ibrahim Ali) ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.


Khairy berkata: “Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”
Beliau kemudiannya menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya.(sumber MK)

Syukurlah....akhirnya Pemuda Umno sedar..perkasa itu ialah Ibrahim Ali...

Ibrahim Ali itu perkasa...

Jaguh kampung?... setuju itu muktamad....

tak laku didunia antarabangsa dan sudah senja....

Ibrahim Ali tak berpeluang belajar di Universiti Oxford..

Hanya baca kamus Oxford edisi bahasa Melayu....

Biarkan mereka ...

kedua-dua merekalah  sebenarnya jaguh kampung

ayam sabung yang hanya reti berkokok tak rahu bersabung...

wakaka...kah...kah..



Khamis, 24 Jun 2010

dr Asri tak jadi masuk Umno


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang disebut-sebut akan menyertai Umno esok, dipercayai telah mengubah fikiran ekoran perkembangan semasa yang dirinya dikaitkan dengan fahaman wahabi dan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI).


Sumber yang rapat dengan beliau mengesahkan  hari ini bahawa Asri telah mengubah fikiran dua hari lalu untuk tidak menyertai parti utama Barisan Nasional (BN) itu buat masa sekarang.
“Mengambil kira laporan dan dakwaan bahawa Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi dan ada kaitan dengan kumpulan JI, beliau memutuskan ini bukan masanya untuk menyertai Umno... beliau agak kecewa dengan apa yang berlaku sejak awal minggu ini,” kata rakan Asri ketika dihubungi.
Bagaimanapun sumber itu menambah, perbincangan antara Asri dengan kepimpinan Umno akan diteruskan.
“Ruang perbincangan belum ditutup,” kata sumber itu.
 Difahamkan penyertaan ke dalam Umno melibatkan sekumpulan 50 yang lain, yang terdiri daripada cendekiawan agama dan ulama akan menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini.
“Walaupun Dr Asri tidak masuk Umno, sebagaimana saya katakan sebelum ini, sekitar 50 orang akan menyertai Umno esok... di mana kami akan menyerahkan borang permohonan esok,” kata sumber itu.
“Urusan terakhir sedang dibincangkan, masih ada perkara yang perlu dihalusi,” kata sumber itu lagi.
Ada laporan mengatakan kira-kira 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan ulama, dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah Asri jika masuk Umno esok.
Perbincangan itu termasuklah peranan yang bakal mereka hendak bawa jika menyertai Umno.
Pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan atas alasan perbincangan dengan kepimpinan Umno masih dijalankan berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus itu merupakan ahli akademik.
“Sebahagian besar adalah ahli akademik, kebanyakannya bertugas di Lembah Klang, yang lain dari luar Lembah Klang,” kata beliau lagi.
Mereka dilihat sebagai golongan ulama muda yang memperlihatkan pandangan progresif mengenai hukum syariah dan undang-undang Islam.
Asri setakat ini belum mengesahkan ataupun menafikan laporan awal Ahad lalu yang mengatakan beliau akan menyertai Umno.
Asri dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya berkata beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.
Oleh itu Asri berkata, beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.
“Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini,” katanya.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh  Ahad lalu mengesahkan laporan yang mendakwa Asri akan menyertai Umno tetapi meminta bersabar.
Umno Online memetik beliau menyebut Asri dan mengikutnya akan menganggotai Umno Cawangan Dataran Merdeka yang terletak dalam Bahagian Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Laporan itu memetik Rauf memberitahu beliau percaya penyertaan mereka itu akan menyemarakkan keyakinan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada Umno.
Bagaimanapun rakan-rakan Asri berpandangan beliau harus kekal dengan kedudukan semasa sebagai “cendekiawan berkecuali.”
(Sumber TMI)

Rabu, 23 Jun 2010

Azmin:Senator Ezam tak cukup tarbiyah






Azmin Ali menyifatkan Senator Mohamad Ezam Mohd Noor, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai orang yang tidak lengkap tarbiyah.









Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menyifatkan Senator Mohamad Ezam Mohd Noor, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai orang yang “tidak lengkap tarbiyah.”
Ahli Parlimen Gombak ini melabelkan Ezam “tidak habis menjalani tarbiyah” dengan merujuk kepada tempoh menjadi setiausaha politik kepada Anwar, ketika itu memegang jawatan menteri kewangan, cuma dua tahun.
Itu sebabnya beliau tidak mempunyai idealisme yang kuat bagi mempertahankan PKR, kata Azmin.
Ezam baru sebulan dilantik oleh Umno-BN sebagai anggota Dewan Negara.
Beliau menyertai Umno pada 2008, dua tahun selepas meninggalkan PKR.
Azmin berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional Keenam PKR di sini petang ini.
Dalam ucapannya Azmin tidak menyebut nama Ezam secara langsung, yang merupakan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan.
Sebaliknya beliau menyentuh isu lompat parti yang ditimbulkan oleh perwakilan dalam sesi perbahasan.
Azmin mendakwa, Anwar ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pernah ditawarkan ganjaran sebagai balasan tidak menekankan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam jawatan kerajaan dan parti.
Ketika itu Anwar juga merupakan timbalan presiden Umno.
“Jangan dengar senator yang melacurkan dirinya, saya tahu sebagai setiausaha sulit dia (Anwar) ketika itu, hampir setiap perkara, (bekas menteri kewangan) Datuk (kini Tun) Daim Zainuddin akan menghubungi saya untuk menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama dengan (Allahyarham) Peguam Negara Datuk Mohtar Abdullah untuk membincangkan strategi Dr Mahathir untuk ketepikan jawatan kerajaan dan parti, tetapi memberikan imbuhan dan pulangan yang cukup besar asalkan tidak sentuh Dr Mahathir dalam jawatan parti dan kerajaan.
“Tetapi insan yang bernama Anwar bin Ibrahim menolak semua sogokan Dr Mahathir untuk mempertahankan rakyat dan prinsip,” kata Azmin dengan berkata, “siapa pelacur senator ini? saya tak sebut.”
Bagaimanapun kedengaran perwakilan menyahut dengan berkata, “Ezam.”
Beliau seterusnya berkata, “baru berkhidmat tidak lebih dua tahun, tetapi mengaku dia adalah anak didik Anwar Ibrahim,” katanya.
“Proses tarbiyah (pun) tak habis... yang paling lama (berkhidmat) ialah Khalid Jaafar, yang berkhidmat selama 13 tahun, Dr Mansor Othman (kini Timbalan Ketua Menteri I), dan sudah tentulah (saya) dari Gombak,” kata Azmin yang juga bekas setiausaha politik Anwar.
Azmin menambah, ini menunjukkan beliau, Khalid dan Mansor telah melalui proses tarbiyah yang sempurna dan lengkap serta tidak kehilangan idelisme perjuangan.
“Tetapi kalau satu tahun, nak berlagak macam... bila kita bertempur, ini yang lari ke luar negara kerana tidak berani berdepan dengan kezaliman Umno dan BN.
“Hari ini dapat senator, tak mengapa. Lihat Senator Dr Syed Husin (Ali), ada kualiti, ada prinsip, ada idealisme, dia tetap bersama dengan mempertahankan idealisme,” katanya.
Azmin berkata, Pakatan Rakyat mahu kuasa yang diberikan oleh rakyat diterjemahkan dalam bentuk amalan dan tindakan bagi melakukan agenda reformasi termasuk pembaharuan ekonomi.
“Pada 1995, saya masih ingat Anwar melontarkan idea ketika membentangkan belanjawan, tentang pesanan tujuh tahun yang subur dan akan diikuti dengan tujuh tahu yang gersang.
“(Bagaimanapun) Dr Mahathir tidak berani dan tidak bersedia untuk melakukan reformasi ekonomi kerana mempertahankan kronisme dan nepotisme sehingga berlaku krisis ekonomi.
“Dr Mahathir dengan mudah menyalahkan (George) Soros dan IMF (Dana Kewangan Antarabangsa).
“Tidak mahu mengaku bahawa kegagalan kepimpinan, tidak mahu melakukan reformasi ekonomi.
“Akhirnya bila berlaku pertembungan, pejuang (Anwar) kita disumbat dalam penjara, bukan kerana (bekas pemandu Anwar) Azizan Abu Bakar,” katanya.
Dalam ucapannya, Azmin juga berkata, beliau mengharapkan satu dokumen ekonomi Pakatan Rakyat yang jelas dirangka walaupun agenda ekonomi baru telah diutarakan sebelum ini.
Beliau juga mencadangkan agar pegawai-pegawai kerajaan negeri turut menghadiri setiap kali PKR mengadakan kongres tahunan.
“Saya hendak usulkan setiap kali kongres parti bersidang, mesti diwajibkan ketua agensi kerajaan khsusunya pegawai UPEN hadir bersama.
“Walaupun ia melibatkan kongres parti politik, tetapi ia juga menyentuh soal dasar (kerajaan negeri).
“Kita adalah pemimpin akar umbi yang membincangkan, harus ada pegawai-pegawai kerajaan dengar, pulang serta laksanakan keputusan yang diputuskan oleh kongres,” katanya.(Isumber MI)
Satu lagi pembongkaran kecurangan Mat Ezam

Selasa, 22 Jun 2010

kenapa KHir toyo cover daim satiman?

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini menafikan khabar angin bahawa ADUN Seri Serdang Datuk Mohamed Satim Diman mahu meletakkan jawatan.
khir toyo and selangor
Malam tadi,kegagalan Satim hadir dalam mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor menyemarakkan lagi spekulasi wakil rakyat itu ingin melepaskan semua jawatan politiknya.
seorang pemimpin Umno Puchong - bahagian yang dipimpin Satim - meminta agar semua pihak tidak membuat andaian.

Ahli jawatankuasa bahagian itu, Abd Hamid Md Yusof berkata Satim menelefonnya malam tadi dan menasihatkan agar mereka "supaya diam tentang perkara ini" dan "tidak membuat sebarang andaian".
(Dalam perbualan telefon) Saya berkata kepadanya (Satim), kalau tidak betul perkara itu, kita buat sidang media (menafikannya). Tapi beliau suruh (saya) diam sahaja perkara ini.

"Saya pun tidak pasti apa matlamat beliau cakap begitu," katanya
"Itu yang menjadi tanda tanya (sekarang ini).
-(Sumber MK)


Antara Khir Toyo dan Noh Omar...apa yg tak kena..
api dalam sekam ..itu merbahaya..


Satu lagi betum muktamad dan dalam kajian

Tunggu reaksi rakyat dahulu



BANYAK pihak menyokong cadangan menghapuskan UPSR dan PMR kerana peperiksaan itu didapati terlalu berorientasikan peperiksaan dan meminggirkan aspek kemahiran.

Kementerian Pelajaran memberi jaminan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak akan dibuat secara terburu-buru.
Sebaliknya kementerian berkenaan akan mengkaji reaksi guru dan ibu bapa menerusi media-massa sebelum membuat keputusan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, cadangan pemansuhan UPSR dan PMR itu berniat positif ke arah perkembangan pendidikan negara.
“Kita akan kumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa sebelum menentukan tindakan seterusnya,’’ katanya di sini semalam.(sumberKO)
Kah,...kah...kah..(meniru tukar tiub) ....ini  belum muktamad....
woit....dalam kajian...kah...kah...kah....
kah...kah..kah...bila nak muktamad...