LAPANGAN Terbang Sultan Ismail di Pengkalan Chepa tempat pesawat khas yang
dijadual menerbangkan Sultan Kelantan ke Singapura dilarang mendarat semalam.
Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra gagal berlepas dengan
pesawat khas yang ditempah khas untuk membawanya menjalani
pemeriksaan kesihatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura semalam.
Baginda dijadual berangkat kira-kira pukul 11.30 pagi namun pesawat
berkenaan tidak mendapat kebenaran mendarat
di Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa.
Berikutan kekecohan itu, Tengku Temenggong Kelantan,
Tengku Muhammad Fakhry Petra pada sidang akhbarnya di sini
mendakwa keadaan itu berpunca daripada arahan pihak berkuasa
lapangan terbang berkenaan.
--------------------------------------
TENGKU ANIS SEMBUNYI DIHUSM
Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid
mendakwa beliau terpaksa 'mendapatkan perlindungan'
di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,
malam semalam kerana kuathir ditangkap polis dan supaya
berada di samping suaminya.
Menurut laporan The Malay Mail, Tengku Anis sebagai berkata
“polis mengheretnya seperti lembu” dalam usaha memaksanya
ke balai polis.
Katanya, pada kejadian kira-kira jam 7.45 malam semalam di luar Istana Mahkota di Kubang Kerian, anggota dan
pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang
lengkap bersenjata menghalang perjalanan baginda
dan Tuanku Sultan Kelantan ke Lapangan Terbang Ismail Petra
Airport di Pengkalan Chepa.
Tengku Anis juga mendakwa Sultan Kelantan ditahan tanpa
kerelaan baginda dan polis mengabaikan perintah baginda
supaya dibawa ke istana.
engku Anis juga mendakwa Sultan Kelantan ditahan tanpa
kerelaan baginda dan polis mengabaikan perintah baginda
supaya dibawa ke istana.
Raja Perempuan Kelantan itu juga mendakwa terpaksa bermalam
di lantai di luar Wad Diraja di HUSM tetapi kemudiannya
berjaya memasuki wad berkenaan sebelum menguncikan dirinya.
Sementara itu, peguam Sultan Kelantan, Mohamed Haaziq Pillay
dan Gobind Singh Deo, tiba bagi di Kota Bharu, pagi ini bagi
melepaskan baginda dari hospital berkenaan.
---------------------------------------------
KOTA BHARU - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini malam tadi.
Tengku Fakhry ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.
sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan dan mereka baru keluar kira-kira 50 meter dari Istana Mahkota.
Kejadian itu berlaku pada pukul 7.30 malam.
Semasa kejadian, turut berada dalam salah sebuah kenderaan rombongan itu ialah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Terkini:
Tengku Temenggong (Tengku Muhammad Fakhry) sudah dibebas... lebih kurang pukul 10.30 tadi (malam tadi)
LATAR BELAKANG KELUARGA DIRAJA KELANTAN
Sultan Kelantan
Sultan Ismail Petra, yang diserang angin ahmar sejak Mei tahun lalu dan dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya.
Raja Perempuan
Tengku Anis Tengku Abdul Hamid
Elia Suhana Ahmad (isteri kedua). Permohonan cerai difailkan pada 9 Mac lalu oleh Sultan melalui pihak ketiga.
Anak
Anak lelaki pertama: Tengku Muhammad Faris Petra (Pemangku Sultan, gambar atas)
Anak lelaki kedua: Tengku Muhammad Faiz Petra
Anak lelaki ketiga: Tengku Muhammad Fakhry Petra (beliau mencabar pelantikan kekandanya dan disingkirkan dari Majlis Perajaan. Baginda juga terbabit dengan kontroversi berhubung dakwaan penderaan ke atas isterinya, Manohara Odelia Pinot)
Anak perempuan: Tengku Amalin A'ishah Putri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan