Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 13 Mac 2010

PR BERANI KE BUAT MACAM NI

BERIBU-RIBU penyokong Thaksin berarak  dengan motosikal ketika tunjuk perasaan  di   Bangkok, semalam.
BERIBU-RIBU penyokong Thaksin berarak dengan 
motosikal ketika tunjuk perasaan di Bangkok, semalam.


Penyokong desak kerajaan pimpinan Abhisit adakan semula pilihan raya

BANGKOK: Penunjuk perasaan antikerajaan memulakan perhimpunan di Bangkok semalam dalam usaha melumpuhkan ibu negara Thailand dan memaksa kerajaan mengadakan semula pilihan raya.



Kira-kira 50,000 pasukan keselamatan dikerah mengawal keadaan ketika beribu-ribu penyokong perdana menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra memulakan perhimpunan di lima kawasan utama di Bangkok dalam satu daripada cabaran besar dihadapi Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva. Penunjuk perasaan mendengar ucapan dan muzik melalui pembesar suara sementara menantikan ketibaan pemimpin dengan trak yang juga menjadi pentas mudah alih. Lebih banyak rancangan dirancang penunjuk perasaan hujung minggu ini.

Pasaran saham Thailand yang meningkat dua hari berturut-turut kerana pembelian asing semakin lemah dengan jumlah dagangan rendah berikutan pergolakan politik yang sedang berlaku di negara itu.

Kebanyakan perniagaan dan sekolah ditutup di Bangkok manakala syarikat membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah.

Pengawal bersenjata berada di setiap bank dan bangunan kerajaan selepas kerajaan memberi amaran kemungkinan disabotaj termasuk kebakaran dan pengeboman. 
Pakar ekonomi meramalkan keadaan huru-hara akan menjejaskan perniagaan dan keyakinan pengguna negara Asia Tenggara itu, kemungkinan memaksa bank pusat menangguhkan kenaikan kadar faedah.

Bagaimanapun masalah politik itu tidak menghalang pelabur asing terus melabur sehingga AS$500 juta (RM1.7 bilion) dalam pasaran Thailand tahun ini. – Reuters 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan