Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 11 Mac 2010

MB AHMAD SAID BUKA PEKUNG :SEMUA KERJA BODOH

Menteri Besar Terrengganu Ahmad Said hari ini membuka pekung bagaimana kerja-kerja bodoh dilakukan adalah antara punca keruntuhan Stadium Sultan Mizan. Ia bukan sahaja keruntuhan Stadium tetapi keruntuhan moral pengendali projek. Sudahlah kerja tak ikut spesifikasi malahan rekabentuknya juga.
Ahmad Said juga mendedahkan betapa semua yang terlibat dalam projek pembinaan tersebut mendatangkan masaalah.
Ikuti laporan ini.:
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri semalam mendedahkan laporan siasatan Jawatankuasa Siasatan mengenai runtuhan sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, yang mana antara lain mendapati semua pihak terbabit dalam kejuruteraan projek itu menyumbang kepada masalah berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, mengumumkan laporan itu selepas Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) pada mesyuaratnya semalam meneliti dan mengklasifikasikan semula laporan siasatan bebas (IC) setebal 60 muka kejadian itu daripada sulit kepada umum.

Katanya, kerajaan negeri akan melantik pasukan perunding untuk menentukan semula sama ada stadium berharga RM292 juta itu masih selamat digunakan atau sebaliknya.
Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar notis kepada kontraktor utama yang dipertanggungjawabkan untuk membaiki stadium berkenaan kerana masih berada dalam tempoh tanggungan kecacatan, tetapi sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas. 

“Antara sebab runtuhan itu ialah reka bentuk yang tidak menepati spesifikasi ditetapkan serta bumbung yang tidak dibina dengan sempurna,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Beliau berkata, harus diakui kesilapan jururunding dilantik tidak ada pengalaman dan kepakaran mencukupi menyelia projek sebesar dan pertama seumpamanya di Malaysia.

Katanya, laporan IC juga mendedahkan antara lain punca runtuhan disebabkan kesilapan rekaan yang tidak mengambil kira keupayaan struktur sokongan, ketidaksempurnaan pembinaan hingga berlaku penyisihan geometri, ketiadaan kawalan mutu di tapak kerja dan penggunaan bahan serta mutu kerja yang tidak menepati standard ditetapkan. 



Melayu:
Apa hal boleh jadi macam ni....
juruperunding tidak ada pengalaman dan kepakaran ?....
hee...pelik bunyinya tur....
rrr.........aaaaa.........suuuuu......................ah ah ah ah ah...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan