Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 15 Februari 2010

Rais Yatim, Ibrahim Ali akan kencing kubur Mahathir

Artikel ini ditulis oleh Raja Petra Kamarudin dipetik dari blog Malaysia Today untuk sama-sama kita hayati dan mengenali gelagat dan sikap pemimpin.

Mengata orang, dia yang lebih!

-------------------------------------------------------


Nah, tulah kredibiliti dia orang semua. Asalnya, mereka dari UMNO. Mereka mengutuk UMNO. Mereka bersumpah atas nama Allah bahawa mereka takkan kembali menyertai UMNO. Bahkan ibu mereka berjanji untuk mengutuk mereka jika mereka kembali ke pangkuan UMNO. Tetapi mereka kembali juga kepada UMNO

Raja Petra Kamarudin

Rais Yatim adalah salah seorang pelopor Semangat 46, iaitu musuh UMNO baru pada tahun 1988. Pada waktu itu, Rais, Ibrahim Ali, dan ramai lagi pemimpin Semangat 46 berkata bahawa jika mereka mati hidup semula sekalipun, mereka takkan kembali kepada UMNO. Mereka kata bahawa mereka takkan jilat balik ludah mereka. Mereka juga kata bahawa apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggal dunia nanti, mereka akan kencing di atas kuburnya.
Rais adalah antara individu yang mengatakan semua ini. Tetapi dia kemudiannya menyertai semula UMNO di ketika Dr. Mahathir masih merupakan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Nampaknya, si Rais menjilat kembali ludahnya sendiri dan dia tak pula perlu mati hidup semula sebelum kembali kepada UMNO.
Rais mendapat ijazah kedoktorannya berasaskan tesis yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apabila dia kemudiannya ditanya tentang sebab dia menukar pendiriannya dan menyokong ISA sedangkan pada mulanya, dia menentangnya, malah mendapat ijazah kedoktoran berasaskan tesis yang menentang ISA, dia menjawab bahawa tesis itu hanyalah suatu 'latihan akademik' dan tidak menggambarkan pendiriannya.
Sepanjang pembabitannya dalam Semangat 46, Rais dan gengnya pergi ke seluruh pelusuk negara dan menyampaikan ceramah yang menghentam UMNO dan Dr Mahathir. Mereka mengatakan bahawa UMNO dan Dr. Mahathir telah menghina Raja-raja Melayu dan menghakis kuasa mereka. Kata Rais, UMNO dan Dr. Mahathir adalah pengkhianat Raja-raja dan bangsa Melayu.
Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman membenci UMNO. Dia enggan menyertai semula UMNO dan meninggal dunia sebagai ahli Semangat 46. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga Malaysia yang juga enggan menyertai semula UMNO dan tidak meninggal dunia sebagai ahli UMNO.
Rais pun samalah, yang mana dia mengatakan bahawa dia lebih rela mati daripada kembali kepada UMNO. Walau bagaimanapun, hari ni, dia bukan saja ahli UMNO, tetapi juga adalah seorang menteri dan juga 'jurucakap' bagi parti itu.
Terdapat ramai orang dahulunya dalam Semangat 46 ataupun Parti Keadilan Rakyat yang mendendangkan retorik yang sama. Contohnya, Ezam Mohd Nor yang pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan dan juga keseluruhan EXCO Pemudanya pergi ke seluruh negara dan melakukan sumpah yang dipanggil Sumpah Keramat. Sumpah Keramat yang mereka ambil adalah sumpah atas nama Allah bahawa mereka TAKKAN menyertai semula UMNO dan bahawa misi mereka adalah menghapuskan UMNO.
Mereka bersumpah dengan nama Tuhan bahawa mereka takkan menyertai semula UMNO. Misi mereka adalah menghancurkan UMNO. Tetapi hari ni, mereka semua dah kembali ke pangkuan UMNO. Nampaknya, Sumpah Keramat mereka hanya sekadar sumpah kosong semata-mata.
Saya pernah melakukan rakaman video ke atas ibu Ezam, di mana dia mengatakan bahawa dia akan mengutuk anaknya jika dia menyertai semula UMNO. Saya menghasilkan VCD temubual tu dan mengedarkannya ke seluruh Malaysia.
Bagi orang Melayu, sumpahan seorang ibu adalah perkara yang sangat serius kerana mereka percaya bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Tetapi Ezam dan sebahagian besar daripada EXCO Pemudanya yang melakukan Sumpah Keramat itu akhirnya menyertai semula UMNO.
Nah, tulah kredibiliti dia orang semua. Asalnya, mereka dari UMNO. Mereka mengutuk UMNO. Mereka bersumpah atas nama Allah bahawa mereka takkan kembali menyertai UMNO. Bahkan ibu mereka berjanji untuk mengutuk mereka jika mereka kembali ke pangkuan UMNO. Tetapi mereka kembali juga kepada UMNO.
Bolehkah kita mempercayai kata-kata orang jenis macam ni? Penting sangatkah apa yang dia orang kata? Atau haruskah mereka diabaikan sebagai orang yang tidak berpendirian, yang mana kata-kata mereka tidak perlu diambil pusing?
-------------------------------------------
MB ZAMBERY KADER NI BANGSA APA AGAMA APA

MB Perak Zamberi Kader mengadakan rumah terbuka di kediaman rasmi Menteri Besar.
Kahak...kahak...kahak...belum pernah terjadi seorang menteri melayu menyambut Raya Cina..
kenapa??? tarik sokongan orang Cina...Zamberi tak boleh jadi Cina sebab dia gelap!
Zambry gelabah adakan sambutan Tahun Baru Cina

Harakahdaily   
IPOH, 15 Feb: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sangat menggelabah dan cuba menarik sokongan orang Cina demi mempertahankan kerajaan yang disahkan oleh mahkamah minggu lepas dengan mengadakan sambutan Tahun Baru Cina.
Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim berkata, walaupun tidak menyalahi syariat namun ia telah melanggar adat susila yang selama ini diamalkan dan nampak sangat ‘bodohnya’.
Katanya, sebelum ini, beliau ada terdengar desas desus yang mengatakan Zambry akan mempergunakan sambutan itu untuk menarik sokongan masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN tetapi tidak terfikirlah sampai ke tahap itu.
“Saya sangat terkejut dengan tindakan Zambry yang mendahului zaman dengan mengadakan sambutan Hari Raya Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, semalam, kononnya seperti yang dilaporkan oleh media mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai bangsa di Perak,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Baginya, itulah sejarah baru dalam negara apabila seorang pemimpin Umno mengadakan rumah terbuka khususnya di kediaman rasmi bertaraf menteri besar di Perak.
“Sebelum ini kita dengar cerita kucing bertanduk dan ikan keli bersisik, sekali ini ianya berlaku di Perak dengan seorang yang mengaku Melayu mengadakan sambutan Hari Raya Cina,” katanya.
Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu menambah, sememangnya tidak masuk akal dan hanya dilakukan oleh orang yang tidak berakal apabila mengadakan hari terbuka bangsa lain.
“Kalau hendak dikatakan menghina mungkin boleh tetapi yang pasti Zambry sudah melukai hati penulis dan saya kira inilah yang dirasakan oleh penyokong Pakatan Rakyat khususnya orang yang sebangsa dengan saya,” katanya lagi.
Sebenarnya, kata beliau sewajarnya rumah terbuka Tahun Baru Cina hanya dianjurkan oleh pemimpin BN yang berbangsa Cina seperti yang akan dilakukan hari ini oleh Adun Cenderiang, Dr Mah Han Soon.
Beliau berkata, sebenarnya Zambry kalaulah dia cerdik hanya mempergunakan sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA itu untuk kepentingan politiknya dan BN.
“Itulah kebiasaan yang dilakukan oleh semua pemimpin Umno selama 50 tahun lebih dan tradisi ini telah dicabuli oleh menteri besar di Perak, bertambahlah koleksi pelanggaran sekali ini pelanggaran amalan budaya dan adat resam,” ujarnya.

--------------------------------------------

Bukan Soal Anwar Sahaja Tapi Soal Demokrasi



Kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menyuburkan demokrasi di negara ini punca masyarakat antarabangsa termasuk Australia mendesak pertuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, digugurkan. 

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just World Movement), Dr Chandra Muzaffar, kononnya lebih 50 Ahli Parlimen Australia tidak memahami amalan demokrasi berparlimen.

"Ahli-ahli Parlimen Australia dan negara lain bimbang kerana ia bukan soal Anwar sahaja tetapi persoalan mengenai kegagalan Umno-BN menyuburkan demokrasi dalam Malaysia," katanya kepada TV Selangor.

Azmin berharap pandangan antarabangsa itu tidak dilihat sebagai campur tangan kerana Malaysia juga sering menegur negara dalam dalam isu kemanusiaan dan hak asasi manusia.

Beliau menyifatkan pemimpin UMNO-BN hanya nampak 'kuman di seberang lautan' sedangkan 'gajah di hadapan mata tidak nampak', semata-mata mahu mempertahan kedudukan dan pangkat mereka.

Malah, Ahli Parlimen Gombak itu percaya pandangan masyarakat antarabangsa itu turut dikongsi bersama majoriti rakyat Malaysia yang melihat pertuduhan kes berkenaan sebagai konspirasi kedua.

"Jangan kita melihat masyarakat antarabangsa sahaja membantah, malahan rakyat Malaysia, majoritinya sudah jemu dan muak dengan fitnah Umno-BN. 

"Malangnya suara rakyat Malaysia sudah ditutup dan dinafikan seolah-olah tidak ada sesiapa boleh bersuara," katanya.



---------------------------------------------------------------

SETPOL MENTERI KANAN LETAK JAWATAN


i.


Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Mengikut Bernama, kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.
Jumaat lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha polistik kepada menteri kanan di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Butterworth Jumaat lalu.
SPRM yang melakukan serbuan kira-kira jam 3.30 petang turut menemui wang tunai berjumlah RM2 juta di pangsapuri berkenaan.
Turut dirampas termasuk kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus, Pulau Pinang.


_________________________________

PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN HILANG ?
KEMANA PERGI TANPA BERITA

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor(gambar) yang keluar rumah beliau Khamis lalu dikatakan hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.
Ketua PAS Wilayah Persekutuan selama dua penggal itu, berusia 52 tahun, dikatakan keluar rumah untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad pada sebelah malam Khamis lalu dengan memandu kenderaan Unser bernombor pendaftaran WJD 4469.
Sejak itu beliau dikatakan tidak kembali ke rumahnya.

Laporan polis mengenai kehilangan beliau telah dibuat pagi ini, kata Pengerusi Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad 

terkini 8am 16/2/10: Beliau telah kembali kerumahnya padajam 3ptg semalam dengan selamat
-------------------------------------------------------







"Zahrain Bukanlah Seorang Pejuang"- Aminah Abdullah









Tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim keluar dari Parti Keadilan Rakyat tidak mengejutkan pihak yang mengenali beliau,  Sama  ada mereka yang di dalam parti itu, mahu pun di luar,

Antara yang mengenali Zahrain secara dekat adalah bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah.

Beliau bertanding menentang calon PKR pada pilihanraya kecil Penanti tahun lalu.

Aminah menyifatkan  Zahrain sebagai seorang yang lebih mementingkan peluang perniagaan daripada berjuang untuk membela rakyat.

"Dia bukanlah seorang pejuang. Bila dia tak dapat apa yang dia nak dia mula protes, Dia sebagai koporat dulu, dia bukan orang politik. Dia hanya mahu melobi projek, tapi bila tak dapat dia lawanlah," kata Aminah.

Zahrain mengisythiarkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi ahli parlimen bebas sebelum lembaga displin PKR bertindak ke atas beliau kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng secara biadap dan tanpa bukti asas.

Zahrain adalah bekas pemimpin UMNO yang beralih ke PKR sebelum diangkat menjadi ketua parti itu di Pulau Pinang sehingga tahun lalu.

Aminah mengenali Zahrain sebagai seorang ahli politik yang tidak  boleh di tegur.

"Sewaktu saya dalam PKR dulu pun dia tidak boleh terima pandangan. Satu Pulau Pinang semua tidak suka dia. Sebab dia masuk dalam PKR Pulau Pinang untuk menghancurkan PKR Pulau Pinang. Semua pandangan saya dan kawan- kawan tidak akan diterima. Tapi siapa yang kipas dia, dia terima."
----------------------------------------------------

Zahrain Tiada Sokongan Ahli Akar Umbi
Bagi  ahli cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diterajui Datuk Seri Zahrain Mohd  Hashim, mereka sudah lama hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Bayan Baru. 
Malah, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman berkata ahli cabang itu sebelum ini pernah bercadang untuk membuat undi tidak percaya terhadap Zahrain.
Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang itu percaya Zahrain tidak mendapat sokongan akar umbi, malah  tiada seorang pun ahli cabang yang mengikut langkah Zahrain.
Mansor juga menyatakan Zahrain jarang turun padang. Kebanyakan kerja di kawasan Parlimen Bayan Baru dilaksanakan oleh ADUN kawasan masing-masing
"Pertama sekali bila dia mula buat serangan atas pimpinan parti,lepas tu dia buat serangan atas Ketua Menteri, hari ke dua selepas itu Ketua Umum,jadi kita jangka dia dah buat keputusan macam inilah(ketua parti)" kata Mansor kepada Tv Selangor. 
"Maknanya bila dia serang kepimpinan parti, dia memang bercita-cita untuk inilah (keluar parti).Jadi itu maknanya keputusan yang dibuat itu bukan di luar jangkaanlah selepas dia buat keputusan itu, cabang dia mahu berjumpa dengan dia tapi dia tak mahu dia tidak turun buat keputusan dicabang ini menunjukkan dia tak berani berdepan dengan ahli di peringkat cabang. Dia  termasuk dalam golongan yang meletakkan kepentingan diri dahulu" tambahnya lagi. 
Menurut Dr. Mansor, serangan Zahrain ke atas parti dan kerajaan Pulau-Pinang membuka ruang bagi tohmahan dan serangan dari Umno. 
"Sebab dia perkara pokok dia macam ni, bila dia mula buat serangan tu, maka UMNO ambil kesempatan. Jadi dia buka floodgates". 
"Untuk buka ruang bagi UMNO untuk serang kita, serang parti. Kalau kita tgk semua kenyataan yang dibuat oleh pemimpin UMNO itu semua kata memang PKR dalam keadaan huru-hara, kucar kacir dan ramai pemimpin dia tak berpuas hati cara parti mengendalikan isu-isu itu membuka ruang bagi mereka serang parti" kata Mansor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan