Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 1 Februari 2010

KUNDA KUNDI PAS



Buat pertama kalinya jawatankuasa disiplin PAS diuji dan gagal dalam melaksanakan tugas malahan mengikis kepercayaan ahli dan masyarakat  yang mengikuti perkembangan semasa. Kenapa mesti takut dalam mengadili Hassan Ali . Selain dari tidak berwibawa dalam membuat keputusan ianya juga dilihat tidak adil. Kenapa gantung enam bulan utnuk Khalid dan hanya amaran untuk Hassan Ali. Kesalahan Hassan Ali lebih berat dari Khalid.
Tuan Ibraahim Tuan Man sebagai Pengerusi jawatankuasa nyata tidak mampu mengatasi hal sebegini. PAS akan lumpuh jika tiada ketegasan.
Hassan Ali tidak berjiwa pakatan rakyat. beliau sering membidas dasar pakatan dan anti DAP. Malahan beliau beranggapan dirinya sebagai penjuang Melayu-Islam. Beliau juga tidak sebulu dengan Saari Sungib apatah lagi dengan Khalid Samad. Beliau adalah musuh dalam selimut pakatan rakyat. Khalid Samad orang yang paling senior dalam Pas dari Hassan Ali boleh dikenakan tindakan keras tetapi Hassan Ali hanya dikenakan tindakan cubit-cubit sayang. Bisik-bisik kalangan anggota Pas selangor meragui keputusan ini. Ada juga yang tidak berpuashati malahan ada yang mengatakan progaram UG masih berjalan dalam senyap.
Maka beberapa trojan horses  telah berada menyel;inap dalam PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan