Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 5 Januari 2010

Tinggal telo

Hari ini boleh tarik nafas sikit setelah semalam dan semalam-malamnya hampir pengsan menguruskan persekolahan dan persediaan anak. Minggu depan dan depannya ada pening sikit nak settlekan anak di IPT pulak. Apapun bersyukur kehadrat Ilahi dapat menyempurnakannya walau dengan serba tak cukup. Bersyukur juga kepada Allah kerana memberikan taufik dan hidayah serta kesabaran dan memanjangkan usia.
Dalam pada itu mari kita kuatkan semangat untuk menukar kepincangan dan kesengsaraan yang di berikan oleh kerajaan BN/UMNO kepada rakyat. Dari kenaikan harga minyak saban tahun hingga barangan keperluan harian yang melampau dan menindas. Kerajaan ini tiada memihak kepada rakyat sebaliknya lebih kepada golongan kapitalis dan kroni mereka. Dapat dirasakan apabila awal tahun begini dengan yuran sekolah dan bayaran tambahan serta ntah apa-apa lagi! Pun begitu kenaikan harga barangan seperti gula juga mengancam kehidupan rutin.
Kita tiada pilihan selain menukar kerajaan baru supaya dapat merasai apa yang di laungkan sebagai perubahan dan meningkatkan taraf hidup serta ketelusan. Beri peluang kepada selain dari kerajaan BN. Walaupun kepincangan kerajaan Pakatan yang memerintah beberapa negeri memang tidak dinafikan namun mereka tidak mempunyai kuasa mutlak selagi tidak menguasai kerajaan Pusat.
Pada hari ini kita hanya tinggal telo....


---------------------------------------------------

NAJIB BERJAYA SAIKO KAKITANGAN KERAJAAN


Pm Najib dikatakan berjaya mempengaruhi dan menigkaatkan mind-set kakitangan kerajaan.
Beberapa orang kakitangan kerajaan dari peringkat bawah sederhana dan kelas tinggi mempunyai ayat setara "Masa pemerintahan Najib ni....nampaknya tak banyak dengar komplain.....tak macam masa Pak Lah...slow.'
Haa....mereka tak banding dengan pakatan tapi mereka banding dengan Pm yang lepas...ada perubahan kata mereka..tengok!
Guru-guru semasa memberikan taklimat semalam pun berkata...sekarang ni zaman Najib lain...pendidikan diberikan taraf atas tak macam dulu..pendidikan dilevel bawah....
Haa...kan dah lain bunyinya....
what say you...!.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan