Isnin, 18 Januari 2010
Hantu Air di PD
SEREMBAN: Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.
"Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu.
Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya.
Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa, waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan. -BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan