Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 16 Mac 2014

Apa saja pasti Anwar Ibrahim terbabit: Kapten Pesawat MH370 Seorang 'Aktivis Politik',penyokong kuat Anwar Lapor The Mail

the mailThe Mail pada Ahad difahamkan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan penyokong 'obsesif ' kepada ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan itu, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
Sumber polis mengesahkan kepada akhbar harian itu bahawa Zaharie merupakan seorang aktivis politik yang lantang bersuara, dan bimbang sekiranya keputusan mahkamah itu akan membuatnya sedih.
simulator 600
 Simulator penerbangan buatan di rumah Kapten Zaharie

Tujuh jam kemudian, beliau mengawal penerbangan Boeing 777-200 ke Beijing dan membawa.238 penumpang dan anak kapal.




Polis pada Sabtu melakukan pemeriksaan di rumah Zaharie di pinggir bandar Shah Alam dekat Kuala Lumpur, di mana beliau telah memasang satu simulator penerbangan buatan.
Tetapi akhbar harian ini boleh mendedahkan bahawa penyiasat telah menghabiskan masa pada minggu lepas bagi memeriksa dua komputer riba yang dikeluarkan dari rumah Zaharie ini. Satu daripadanya dipercayai mengandungi data dari simulator.-ms

Komen:laporan ini memualkan...seperti sudah dijangka namun berat memperkatakan...Anwar Ibrahim pasti akan dikaitkan...apakah semuanya terungkai selepas PRU Kajang? Imbas dahulu semasa kes Lahad Datu..Anwar juga cuba dikaitkan...masyaAllah...

Jumaat, 14 Mac 2014

Rakyat diperbodoh: mana ada ayam harga RM1?

Bodoh ...rakyat malaysia jadi bodoh...lepas kangkong ayam pulak..
logik ke? mana ada ayam dijual harga seringgit?semua rakyat tahu ayam yang dijual pada harga pasaran biasa tiada satu pun yang dijual dengan harga RM1.
 Najib pada Isnin lalu menasihatkan orang ramai supaya membeli belah secara bijak sebelum mengadu berhubung kenaikan harga barangan.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata demikian selepas mendakwa telah berjaya membeli seekor ayam berharga RM1.

Najib ayam

Mana ada harga ayam RM1 seekor, kata peniaga kepada Wan Azizah

ayamKAJANG 13 MAC: Tiada ayam yang dijual RM1 seekor sepertimana yang didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata calon KEADILAN N25 Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau menyatakan perkara itu berdasarkan pemerhatiannya di Pasar Kajang pada sesi bertemu peniaga jam 8 pagi tadi.
Wan Azizah turut bertanya beberapa peniaga ayam sama ada mereka ada menjual ayam dengan harga RM1 seekor.
“Saya tanya peniaga ayam, ayam seringgit ada? Mereka cakap tak ada. Mereka terus tunjuk tanda harga yang ditulis ayam sekilo RM8.40,” jelasnya kepada pemberita.

Sabtu, 8 Mac 2014

Anwar Ibrahim....Anwar Ibrahim ....Anwar Ibrahim..

Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Kenyataan Akhbar: Keputusan Rayuan Liwat II : UMNO Barisan Nasional Balas Dendam Terhadap Anwar Ibrahim
6 Mac 2014 
Negara sedang berdukacita dengan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan Putrajaya yang petang tadi menjatuhkan hukuman bersalah terhadap fitnah Liwat II, yang mensabitkan hukuman bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Persekutuan membebaskan beliau pada tahun 2012.  

Keputusan ini hadir kurang seminggu daripada tarikh penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun N25 Kajang yang sepatutnya menjadikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat. Jelas UMNO Barisan Nasional Berjaya melaksanakan konspirasi jahat mereka untuk membalas dendam terhadap Anwar Ibrahim dan mematikan karier politik beliau.

AMK Selangor mengutuk sekeras-kerasnya rancangan penuh tipu muslihat ini, kerana keputusan penghakiman dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan singkat. Mahkamah juga banyak menolak permohonan pembelaan yang dibuat serta seolah-olah telah bersedia menjatuhkan hukuman yang zalim ini.

AMK Selangor menyifatkan keputusan ini sebagai cetusan baru untuk anak muda bangkit dan melawan kerakusan UMNO Barisan Nasional yang terpaksa bergantung kepada fitnah untuk mengekalkan kuasa yang semakin longgar. Anak muda tidak akan membiarkan mereka ditindas oleh pembodohan seperti ini.

UMNO Barisan Nasional Jangan Rasa Selesa

UMNO Barisan Nasional tidak perlu berasa selesa dengan perkembangan terbaru ini. Keputusan penghakiman ini pasti akan mendapat kritikan antarabangsa dan merendahkan martabat Malaysia di mata dunia. UMNO Barisan Nasional juga harus bersedia menerima tentangan lebih hebat dari rakyat.

Jentera AMK Selangor sedang digerakkan ke seluruh pelusuk negeri untuk menyedarkan bahawa kebebasan sedang berada pada satu tahap yang cukup tenat. Jika seorang lelaki yang pernah bergelar Timbalan Perdana Menteri boleh dizalimi begini, tidak mustahil rakyat terbanyak akan menerima layanan lebih buruk dari UMNO Barisan Nasional semata-mata untuk kekal berkuasa

REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Isnin, 17 Februari 2014

kg batu 7 jalan kebun ditimpa malapetaka yg dahsyat

Kg Batu 7 Jalan Kebun dikenali di seluruh Negara apabila meletusnya revolusi Anwar Ibrahim himpunan 100 ribu didaerah tersebut yangf terletak dipersempadanan Kelang dan Shah Alam di Selangor. Itu kerana kehebatan klon Anwar iaitu sisesumpah Mat Ezam Mat Nor.
Apabila bertukarnya pemerintahan parti, maka seluruh organisasi perintah jajahan dikuasai  Pakatan Rakyat seluruh tampuk daerah tadbir.
Kg Jalan Kebun pernah menjuarai Kampung terindah Selangor sekitar 90an. Apabila tampuk kepala kampung ditadbir oleh suku induk dari parti PAS (bertukar ketua kampung 2 kali)ianya berubah warna menjadi satu kampung yang berpuak dan tak senonoh.
Mana tidak nya...kejelekan yang menjengkelkan  apabila kampong ini dikuasai sepenuhnya oleh puak muihajirin sebagai JKK dan beberapa kepala blok dan Nazir pendokong PAS. Pada mulanya ianya satu pembaharuan yang diharapkan dan dinantikan dengan sokongan semangat berbanding  pemerintahan sebelumnya dari orang UMNO.
Setelah dua penggal  dikepalai oleh orang Pas yang Islamik kononnya ia lebih menampak akan kebobbrokan yang menhampeh dan poyo.
Dari kepala kampung JKK, Nazir dan seluruh saf kepimpinannya sangat meletihkan dan memualkan.
mereka ini hanya layak sebagai kumpulan Marhaban untuk potong  jambul bayi atau kumpulan Nasyid Qasidah merangkumi kumpulan kompang.

Lihatlah betapa hancursnya perangai saf kepimpinan ini:

Ketua Kampong : Hj Solehan Tahir seorang ahli fanatik Pas yang dulunya muazin di Masjid an-naim Jln Kebun. Menggantikan ketua kampong sebelumnya yg meletakkan jawatan.
Usianya menjangkau 60an. suka memakai jaket vest berlambangkan kerajaan Negeri Selangor bertulis Pengerusi JKKK Kg Jln Kebun....Hehe he..pak aji ni giler glamor...memaparkan gambarnya di bunting yang di gantung sekitar kampong. Sesekali lepas gian jadi muazin laungkan azan walaupun dah terlajak jadi Imam Masjid. tak salah...
yang salah...ianya gagal urustadbir kampong itu..wajib + harus melepaskan jawatan yang digilainya itu.
Dia hanya layak sebagai penyaian borang dan pengesah dokumen!
Tidak pertikai kelulusan akedemiknya...orang tak bijak pelajaran pun boleh jadi pentadbir terbaik jika guna akal dan fikiran...
Ketua kampung ni tidak dapat menyelesaikan banayk masaalah anak-anakjbuah dan penduduk kampung.
Seperti kes lori pasir..laluan jalanraya...bas penumpang...pendatang asing persempadan tradisi tanah  dan hak milik. pertikaian hak pelbagai lampu jalan dan beribu hal yang tergantung.
Mula-mula dulu pintu rumah sentiasa terbuka pantang diberi salam terbuka luas dua belah pintu rumah dan menjemput tetamu dengan tertib.
Kini..Kini..orangnya (tok ketua) ada didalam rumah dengar suaranya..keretanya dua-dua jenis honda City ada di parkir. sepuloh kali terlajak salam diberi sepatah haram tak jawab suara yag tadi kedengaran terus sepi....
Ish..Ish..Ish... kaki berak punya tok ketua! kenapa?..dah siap tulis notis tampal kat pintu ...'SILA LETAKKAN BORANG ANDA YG HENDAK DISAHKAN/TANDATANGAN DIKOTAK YG DISEDIAKAN...TOK PUN NAK BEREHAT JUGAK'..Huh bagero punya bapak kepala desaa!
sekarang ni jgn harap nak dapat jumpa..nak cium kentutnya pun belum tentu bernasib baik.
Tak caya silalah datang ke kampong ini....ha......

Nazir Masjid An-Naim Jalan Kebun
Dijawat oleh Hj Shamsuddin Saari berusia lewat 40an berasal dari Utara Tanah air..perak. Seorang guru kanan SMK Jln Kebun. Rumahnya disebelah Masjid..tu sebab dilantik jadi Nazir.
menjadikan masjid seperti bapa dia punya..
dilantik menjadi amil zakat yang buta dan tak bertanggungjawab..



Selasa, 7 Januari 2014

Mahkamah isyhtihar Bersih 3.0 tak haram


Diketuai oleh Hakim Datuk Linton Albert, Hakim lain termasuk Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Wong Dak Wah, Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan sebulat suara mengetepikan arahan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ) perintah arahan itu sebagai cacat lapor malaysiakini.com
Arahan Zaki mengharamkan perhimpunan itu ultra vires kepada PPA.(Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 yang berkuat kuasa pada 30 Jan 2012 itu melebihi bidang kuasanya.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali  dan Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin memfailkan rayuan tahun lepas untuk mengetepikan pendakwaan terhadap mereka bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 atas alasan arahan Zaki mengharamkan perhimpunan itu ultra vires kepada PPA.
Azmin diwakili oleh Datuk CV Prabhakaran sementara bekas timbalan peguam cara negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang bersara dan memasuki sektor swasta, serta peguam Sankara Nair mewakili Badrul.